• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.18 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.57 mata kepada 1,435.15 daripada 1,437.72 pada akhir sesi semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka 2.33 mata lebih rendah kepada 1,435.39.   

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 164 berbanding 156 manakala 926 kaunter lain tidak berubah, 1,116 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.92 bilion unit bernilai RM2.68 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat bursa tempatan berkemungkinan besar menyaksikan dagangan yang mendatar berikutan tekanan global dan tempatan, termasuk kemelut politik di United Kingdom berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri Liz Truss.

Malah, ini dijejaskan lagi dengan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang masih berpegang kepada kenaikan kadar faedah dalam usaha membendung inflasi di negara itu.

“Di peringkat tempatan, pelabur juga menunggu keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan mungkin menyaksikan mereka memilih kaunter-kaunter berkaitan politik.

“Pada masa sama, kemungkinan China mengurangkan kuarantin dalam negara pula dilihat memberi manfaat kepada industri penerbangan,” katanya dalam nota tinjauan hari ini.

Selain itu, firma pembrokeran itu juga menjangkakan sektor teknologi akan berdepan aktiviti pengambilan untung susulan penyusutan di pasaran Nasdaq AS.

Saham wajaran tinggi seperti CIMB menokok satu sen kepada RM5.51, MISC meningkat tujuh sen kepada RM7.13, Maybank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM8.60 dan RM8.23 manakala Public Bank dan Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM4.39 dan RM8.85. 

Bagi saham aktif, Careplus dan Eduspec masing-masing naik setengah sen kepada 44.5 sen dan 2.0 sen, Top Glove tidak berubah pada 73.5 sen manakala Serba Dinamik dan Borneo Oil susut setengah sen kepada 2.5 sen dan 2.0 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 7.28 mata kepada 10,162.52, FBM 70 meningkat 35.06 mata kepada 12,028.09, Indeks FBMT 100 susut  6.95 mata kepada 9,910.52, Indeks FBM Emas Shariah menokok 0.38 mata kepada 10,164.09 dan FBM ACE turun 5.82 mata kepada 4,777.30.   

Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 36.91 mata kepada 16,349.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.10 mata kepada 174.49, Indeks Perladangan merosot 44.0 mata kepada 6,795.65 manakala Indeks Tenaga susut 3.87 mata kepada 679.41.   

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessesi awal
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In