• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Lemah Pada Sesi Pembukaan Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Khamis berikutan prestasi Wall Street yang lemah semalaman.

Pada 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.20 mata kepada 1,413.90 daripada 1,415.10 penutup Rabu.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pada paras 1,414.72, susut 0.38 mata.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 190 berbalas 181, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,748 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 218.68 juta unit bernilai RM117.78 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, dagangan di bursa tempatan dijangka hambar hari ini, terjejas oleh peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat.

“Justeru kami mengunjurkan indeks penanda aras berada di antara 1,395 dan 1,420 dengan saham teknologi mungkin menyaksikan beberapa jualan hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB naik satu sen untuk mencatatkan RM5.40, TNB menambah empat sen menjadi RM8.18, Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen pada RM8.54 dan RM4.33, Petronas Chemicals turun lima sen menjadi RM8.58 manakala IHH Healthcare lemah tujuh sen pada RM6.03.

Bagi saham aktif, Velesto meningkat setengah sen kepada 12 sen, Jaya Tiasa mengembang 4.5 sen untuk mencatatkan harga pada 59.5 sen, Vinvest Capital tidak berubah pada 20 sen dan Top Glove turun dua sen kepada 70.5 sen, manakala Careplus dan Supermax merosot satu sen setiap satu kepada 39.5 sen dan 83.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.32 mata kepada 10,042.65, FBM 70 peroleh 16.71 mata menjadi 11,974.33, Indeks FBMT 100 turun 3.18 mata kepada 9,787.54, Indeks FBM Emas Syariah lemah 2.62 mata kepada 10,042.32 dan FBM ACE menguncup 16.82 mata kepada 4,708.13.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.40 mata kepada 16,170.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.83 mata menjadi 171.62, Indeks Perladangan lebih kukuh sebanyak 52.32 mata kepada 6,730.44, dan Indeks Tenaga meningkat 5.90 mata untuk mencapai paras 669.34.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakutenWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In