• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pengukuhan Wall Street

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 18 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau utama, dipengaruhi oleh prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.30 mata atau 0.67 peratus kepada 1,395.57 daripada 1,386.27 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka pada 1,392.92, meningkat 6.65 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 219 berbalas 61, manakala 178 kaunter tidak berubah, 1,892 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 107.87 juta unit bernilai RM47.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras itu dijangka mengekalkan aliran menaiknya, sekali gus mencerminkan keuntungan kukuh di Wall Street semalaman.

“Justeru, kami percaya indeks kemungkinan berlegar antara julat 1,380-1,400 hari ini dan meramalkan aktiviti belian akan kembali untuk saham-saham bank dan teknologi hari ini.

“Selain itu, kami turut menjangkakan sektor pembinaan turut diberi tumpuan dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hampir,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 1.07 peratus kepada 27,062.24, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.50 peratus kepada 3,030.94, Indeks Hang Seng Hong Kong lebih kukuh 0.15 peratus kepada 16,612.90 manakala Indeks Komposit Indonesia naik 0.24 peratus menjadi 6,831.12.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.23, CIMB mengembang lima sen menjadi RM5.35, IHH Healthcare melonjak 12 sen kepada RM5.98, Petronas Chemicals dan TNB masing-masing tidak berubah untuk mencatatkan harga RM8.50 dan RM8.19 manakala Maybank dan Hong Leong Bank susut dua sen setiap satu kepada RM8.50 dan RM20.58.

Bagi saham aktif, Jade Marvel peroleh satu sen kepada 26 sen, HLT Global naik setengah sen menjadi 27 sen, Hiap Huat kekal pada 16 sen, Careplus dan Top Glove kedua-duanya turun setengah sen kepada 41 sen dan 73.5 sen sementara Supermax lemah dua sen kepada 88.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 61.52 mata menjadi 9,925.58, FBM 70 menambah 67.97 mata kepada 11,900.51, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 62.32 mata kepada  9,676.15, Indeks FBM Emas Syariah meraih 73.94 mata menjadi 9,927.08 dan FBM ACE menokok  29.22 mata kepada 4,710.99. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 55.94 mata kepada 15,971.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.37 mata kepada 169.92, Indeks Perladangan mengembang 45.65 mata kepada 6,451.11, dan Indeks Tenaga memperoleh 3.60 mata menjadi 668.64.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakuten TradeWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In