• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Mula Susut Beberapa Minit Kemudian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin tetapi turun dalam beberapa minit kemudian berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati yang kian ketara dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.19 mata menjadi 1,382.28  berbanding 1,382.47 pada penutup dagangan Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,383.50.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 249 berbalas 126, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,743 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.65 juta unit bernilai RM100.40 juta.

Naib presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pada minggu lepas, Wall Street gagal mengekalkan trend tingginya disebabkan aktiviti pengambilan untung, menyaksikan hasil 10 tahun Amerika Syarikat melepasi paras 4.0 peratus kepada 4.02 peratus.

“Purata DJI kerugian 404 mata manakala Nasdaq merosot sebanyak 328 mata. Memandangkan keadaan turun naik yang kian meruncing, kami menjangkakan pasaran serantau akan mendapat tempias dan meramalkan berlakunya tekanan jualan hari ini.

“Di dalam negara, kami mengunjurkan FBM KLCI kekal lesu hari ini dan berada dalam julat 1,375-1,390 hari ini,” katanya kepada Bernama sambil menambah saham teknologi mungkin menghadapi beberapa masalah berdasarkan kejatuhan di Nasdaq Jumaat lepas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM8.49, Public Bank dan CIMB menambah 2.0 sen setiap satu kepada RM4.22 dan RM5.32, manakala Petronas Chemicals susut 10 sen kepada RM8.45 dan IHH Healthcare kekal pada RM5.72.

Bagi saham aktif, Sunview mengukuh 22.5 sen kepada 51.5 sen dan Top Glove meningkat 1.5 sen menjadi 70.5 sen manakala Sapura Energy tidak berubah pada 4.0 sen dan Artroniq susut 3.5 sen menjadi 61 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 12.78 mata menjadi 9,845.54, FBM 70 merosot 50.97 mata untuk mencatatkan paras 11,853.73, Indeks  FBMT 100 menguncup 10.72 mata kepada  9,596.74, FBM Emas Syariah kerugian 37.41 mata kepada 9,817.38 dan FBM ACE berkurangan 26.74 mata kepad4,625.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.59 mata kepada 15,906.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.31 mata menjadi 168.57, Indeks Perladangan susut 1.66 mata kepada 6,420.21 dan Indeks Tenaga lebih rendah 4.10 mata kepada 664.59.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanTAG: Bursa MalaysiaWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In