• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Paragon Bakal Bina, Reka Bentuk Kilang Shimano Di Johor

in Catalyst, Saham
A A
Unit Paragon Bakal Bina, Reka Bentuk Kilang Shimano Di Johor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Paragon Globe Bhd, Paragon Bizhub Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian untuk membina dan mereka bentuk kilang baharu Shimano Components (Malaysia) Sdn Bhd di Pekan Nenas, Johor.

Kilang pembuatan itu dijangka siap pada 2024, kata Paragon dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata Shimano, pengeluar komponen basikal dan peralatan memancing multinasional Jepun, membeli dua unit kilang berkembar satu tingkat serta pejabat dua tingkat di Taman Perindustrian Pekan Nenas dengan keluasan binaan kira-kira 12,573.77 meter persegi dan kawasan tanah seluas kira-kira dua hektar dengan harga RM45 juta.

Pengarah Urusan Shimano, Chia Chin Seng berkata, kedua-dua unit ini melengkapkan kemudahan pembuatan sedia ada Shimano di Pekan Nenas dan ia akan terus melabur.

“Urus niaga ini menandakan satu lagi kejayaan dalam portfolio Shimano dan ini sejajar dengan pertumbuhan dan pengembangan syarikat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Paragon Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng berkata syarikat itu berhasrat untuk memupuk hubungan perniagaan yang baik dengan Shimano dan kerjasama itu menunjukkan keyakinan Shimano terhadap keupayaan Paragon dalam menyediakan projek perindustrian yang dirancang dengan baik.

— BERNAMA

Share344ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In