• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Rakuten Unjur Bursa Cecah 1,580 Akhir Tahun Ini, Ringgit Capai 4.10 Berbanding Dolar AS Pada 2023

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Rakuten Unjur Bursa Cecah 1,580 Akhir Tahun Ini, Ringgit Capai 4.10 Berbanding Dolar AS Pada 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PETALING JAYA, 11 Okt (Bernama) — FBM KLCI dijangka mencecah 1,580 mata pada akhir tahun ini, disokong oleh lebih banyak aliran masuk dana asing, demikian menurut Rakuten Trade Sdn Bhd.

Ketua Penyelidikan, Kenny Yee berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ditambah dengan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan di Amerika Syarikat (AS), akan membantu menstabilkan pasaran serantau, termasuk Bursa Malaysia.

“Berasaskan nisbah harga kepada pendapatan yang munasabah iaitu 13 kali tahun kalendar, kami percaya sektor perbankan dan telekomunikasi akan menyokong momentum tahun ini dan sehingga tahun akan datang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini juga berdasarkan pertumbuhan pendapatan korporat yang jauh lebih baik bagi 2023, dianggarkan pada 6.8 peratus,” katanya semasa pembentangan kepada media bertajuk “A ‘Wow’ Budget” di sini, pada Selasa.

Mengulas Bajet 2023, beliau berkata bajet yang amat menarik itu telah dijangka dan banyak pihak sedia maklum bahawa dalam dua hingga tiga bajet yang lepas, kerajaan lebih menekankan suntikan dana untuk memulihkan ekonomi negara terutama dalam sektor pembinaan dengan peruntukan terbesar sebanyak RM95 bilion.

Yee berkata bajet itu merangkumi keseluruhan spektrum penduduk, dan setiap orang mendapat manfaat daripada bajet terbaru ini.

“Kegembiraan yang paling besar adalah daripada kalangan kontraktor, kerana sektor itu memperoleh kesan pengganda tertinggi dari segi pertumbuhan ekonomi, daripada huluan hingga kepada peserta hiliran merentas sektor,” katanya.

Beliau berkata sektor lain yang meraih manfaat daripada Bajet 2023 adalah automotif, penguna, hartanah dan teknologi.

Walaupun turun naik ketara yang dialami pasaran global diunjurkan berterusan, namun keamatan turun naik di Malaysia kekal di bawah keadaan yang dihadapi rantau ini, katanya.

Beliau berkata ini kerana bursa tempatan adalah pasaran kaptif dengan sebahagian besar saham dipegang oleh pelabur domestik sekali gus mengehadkan kesan risiko luaran.

Setakat September 2022, pegangan saham asing dalam pasaran ekuiti adalah pada 12.39 peratus.

Sementara itu bagi prestasi ringgit berbanding dolar AS, Rakuten Trade yakin mata wang tempatan akan diniagakan dalam julat 4.50/60 sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, firma pembrokeran itu mengunjurkan ringgit mengukuh pada separuh kedua 2023 dengan mencecah julat 4.10/20.

“Kami juga menjangkakan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas lagi. Ini bertujuan melindungi ringgit berbanding dolar AS,” katanya.

— BERNAMA

Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In