• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pemegang Saham Citaglobal Lulus Pengambilalihan Kepentingan Ekuiti Dalam CESSB Pada Harga RM140 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Pemegang Saham Citaglobal Lulus Pengambilalihan Kepentingan Ekuiti Dalam CESSB Pada Harga RM140 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Pemegang saham syarikat kejuruteraan pembinaan, Citaglobal Bhd meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Citaglobal dalam Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) pada harga RM140 juta.

Citaglobal dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan pengambilalihan itu melalui terbitan 736.84 juta saham baharu pada harga terbitan 19 sen sesaham dijangka selesai pada suku keempat tahun ini. 

Pemegang saham juga meluluskan cadangan penyatuan setiap lima saham Citaglobal sedia ada kepada satu saham Citaglobal pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan pada tempoh akan datang.

Cadangan pengambilalihan itu disertakan dengan jaminan keuntungan bersih sebanyak RM60 juta dalam tempoh tiga tahun kewangan, bermula dari tahun kewangan Citaglobal yang berakhir pada 31 Dis 2022  hingga tahun kewangan 2024.

“Dengan selesainya cadangan pengambilalihan ini, nilai perolehan kontrak Citaglobal akan meningkat daripada RM754.5 juta kepada RM984.7 juta,” katanya.

Citaglobal berkata CESSB yang merupakan kontraktor Gred 7, kini sedang menjalankan pelbagai projek, dengan sasaran jumlah nilai projek kira-kira RM1.66 bilion.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Presiden Citaglobal Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata selepas selesai urusniaga tersebut kepentingan syarikat itu dalam CESSB meningkat daripada 16.51 peratus kepada 47.03 peratus.

Melangkah ke hadapan, Mohamad Norza melihat banyak peluang dalam pelancaran rangkaian 5G Malaysia.

“Kami berminat untuk mengambil bahagian dalam membangunkan menara telekomunikasi 5G di seluruh negara. CESSB ialah pembekal kemudahan rangkaian berlesen dengan pengalaman dalam kerja-kerja pemasangan.

“Citaglobal merancang untuk mengambil bahagian dalam projek tertentu yang dikenal pasti dalam sektor pembinaan dan telekomunikasi, yang memerlukan perkhidmatan bernilai tambah tinggi,” katanya.

— BERNAMA

Share553ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In