• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Yinson Peroleh Pembiayaan US$720 Juta FPSO Maria Quitéria

in Catalyst, Saham
A A
Yinson Raih Dua Projek FSPO Bernilai US$5.2 Bilion Di Brazil
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Yinson Holdings Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuhnya yang berpangkalan di Belanda, Yinson Bergenia Production BV (YBPBV), telah memeterai perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket US$720 juta bagi projek kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan apungan (FPSO) Maria Quitéria.

“Pinjaman rekursa terhad enam tahun itu akan digunakan untuk menyokong pembinaan FPSO Maria Quitéria yang sedang berjalan, yang diberikan kepada Yinson oleh Petróleo Brasileiro SA (Petrobras) pada November 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yinson berkata perjanjian kemudahan itu ditandatangani dengan ING Bank NV cawangan Singapura, Maybank Group, Natixis Corporate & Investment Banking, Standard Chartered Bank (Singapore) Ltd, dan United Overseas Bank Ltd sebagai pengatur utama yang diberi mandat, penaja jamin dan penyelaras.

Perjanjian itu juga ditandatangani oleh Hongkong and Shanghai Banking Corporation Ltd dan JP Morgan yang mengambil bahagian sebagai pengatur utama yang diberi mandat, katanya.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Daniel Bong berkata ruang pembiayaan FPSO itu sangat berdaya saing kerana banyak pembangunan minyak dan gas (O&G) yang ditangguhkan disambung semula pasca pandemik dan minat pelabur telah berkembang dengan agenda peralihan tenaga.

“Oleh itu, kejayaan perjanjian ini adalah sesuatu yang membanggakan, meyakinkan kami bahawa model perniagaan kami yang teguh serta keupayaan yang terbukti telah mendapat keyakinan pihak berkepentingan kami,” katanya.

Maria Quitéria ialah kapal FPSO untuk medan Jubarte bagi projek bersepadu Parque das Baleias yang terletak di bahagian utara Campos Basin (luar pantai Brazil).

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In