Masih ingatkah anda dengan pasaran saham tahun 2020 yang dianggap sebagai salah satu “bull-run” paling menarik pernah terjadi di Bursa Malaysia?
Ramai yang berjaya membuat keuntungan ketika itu daripada syarikat glove atau sarung tangan getah. Apa yang menyebabkan syarikat sarung tangan getah menjadi rebutan orang ramai bak goreng pisang panas? Ketika pandemik Covid-19, ramai yang dijangkiti terpaksa dimasukkan ke hospital pada ketika itu.

Permintaan terhadap sarung tangan getah melonjak naik kerana peningkatan bilangan pesakit di hospital. Stok bekalan bagi sarung tangan getah pada ketika itu pula terhad kerana seluruh dunia tidak bersedia menghadapi wabak tersebut.
Inilah yang disebutkan sebagai supply dan demand. Dalam konsep supply dan demand, sekiranya permintaan (demand) terhadap sesuatu bekalan tinggi dan bekalan (supply) kurang maka harga barangan tersebut akan naik.
Saham syarikat yang berkaitan pula sudah tentu akan menerima tempias. Sebab itulah saham Topglov menjadi rebutan pelabur ketika itu.
Harga saham Topglov pernah mencecah RM26.60 pada ketika itu.
Berapakah harga saham Topglov sekarang?
Harga saham Topglov setakat 30 September 2022 adalah RM0.625.

Harga saham Topglov kini semakin merudum dan persoalannya adalah adakah sekarang waktu terbaik untuk membelinya atau bagi pelabur yang sudah memiliki saham ini harus menjual pegangan mereka?
Di penghujung artikel ini, kami akan kongsikan pandangan penganalisis dari beberapa buah broker tempatan terhadap saham ini.
Apa yang terjadi terhadap prestasi kewangan Top Glove?

Top Glove mencatatkan kerugian suku tahunan buat kali pertama sejak ianya disenaraikan di Bursa Malaysia. Kerugian bagi suku keempat tahun 2022 Top Glove adalah RM52.6 juta. Margin kerugiannya ialah -5.3%.
Baca: Untung Bersih Top Glove Bagi Tahun Kewangan 2022 Susut Kepada RM235.97 Juta
Ia merupakan satu situasi yang agak menyedihkan kerana pada suku yang sama tahun sebelumnya Top Glove mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM607.9 juta.
Walaubagaimanapun, situasi ini sebenarnya telah dijangka kerana permintaan terhadap sarung tangan getah tidak lagi sebanyak tempoh dua tahun pandemik Covid-19 yang lalu. Perolehan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia ini merosot sejak suku kedua 2021.
Gambar rajah di bawah menunjukkan sejarah laporan kewangan setiap suku Top Glove. Segalanya nampak serba tidak kena bagi tahun kewangan 2022.

Apa kata para penganalisis?
Penganalisis CGS-CIMB telah mengurangkan harga sasaran (target price) Topglov setelah Top Glove mencatatkan kerugian suku tahunan pertama sejak disenaraikan. Antara punca yang menyebabkan kerugian ini adalah tekanan kenaikan kos serta permintaan yang semakin berkurangan terhadap sarung tangan.
CGS-CIMB telah menukar harga sasaran terhadap saham ini daripada RM1.00 pada sebelum ini kepada RM0.50.

Keratan di atas adalah hanya sebahagian daripada laporan penuh yang ditulis penganalisis CGS-CIMB. Anda boleh membaca laporan penuh dengan login ke dalam platform CGS-CIMB.
Antara beberapa kunci penting yang ditekankan di dalam laporan tersebut adalah:
- Penganalisa menurunkan anggaran Earnings Per Share (EPS) sebanyak 60-80.5% bagi tahun kewangan 2023-2024.
- Penganalisa menjangkakan penurunan 90% bagi keuntungan bersih tahun kewangan 2023 berbanding tahun 2022.
- Lebihan bekalan dalam sektor sarung tangan global dijangka hanya akan hilang menjelang separuh kedua tahun 2023.
- Hasrat Top Glove untuk menaikkan purata jualan bagi meneruskan kenaikan kos berkemungkinan sukar dalam tempoh terdekat disebabkan situasi operasi semasa.
MIDF Research membuat saranan ‘jual’ terhadap saham Top Glove Corporation Bhd dengan harga sasaran 54 sen berbanding RM1.01 sebelum ini. MIDF Research percaya bahawa Top Glove mempunyai kapasiti yang terhad untuk memindahkan sepenuhnya kos pada masa akan datang dengan menaikkan harga jualan purata (ASP), memandangkan pelanggan boleh beralih kepada pengeluar sarung tangan lain.

Sumber: Berita Harian
UOB Kay Hian pula meletakkan harga sasaran RM0.76 sesaham daripada RM0.95 sebelum ini.
Berdasarkan penulisan penganalisis daripada beberapa broker di atas, apa pula pandangan anda? Adakah tiba masanya untuk membeli saham Top Glove?

Sumber:
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




