• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Terus Susut Di Bawah Paras 1,400

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau utama lain yang mengambil petunjuk daripada pergerakan semalaman Wall Street.

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.09 mata kepada 1,391.41 daripada penutupan Khamis pada 1,397.50, selepas memulakan dagangan 2.21 mata lebih rendah pada paras 1,395.29.

Pergerakan harga di pasaran negatif, menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 233 berbalas 64, manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,906 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 99.0 juta unit bernilai RM43.49 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran tempatan dijangka kekal tidak menentu kerana pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah tekanan makroekonomi yang semakin meningkat.

“Walau bagaimanapun, kami meramalkan kemunculan sokongan belian sederhana dalam saham wajaran tinggi indeks berikutan aktiviti memperelok akaun,” kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM4.20 dan RM8.39, Maybank susut tiga sen menjadi RM8.53, CIMB merosot enam sen kepada RM5.09, IHH Healthcare lebih rendah lima sen kepada RM5.87 dan TNB lemah tujuh sen kepada RM8.18.

Bagi saham aktif, XL Holdings menokok setengah sen kepada 68.5 sen, Green Ocean dan Kejuruteraan Asastera, kedua-duanya tidak berubah pada satu sen dan 45.5 sen, manakala Bina Puri dan PT Resources masing-masing turun setengah sen untuk mencatatkan harga tiga sen dan 43 sen.

Sementara itu, Top Glove dan Cnergenz jatuh satu sen, masing-masing kepada 57.5 sen dan RM1.03.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 41.68 mata menjadi 9,939.76, FBM 70 menguncup 50.39 mata kepada 12,105.19 dan Indeks FBMT 100 kerugian 41.96 mata kepada 9,693.15.   

Indeks FBM Emas Syariah juga turun sebanyak 45.12 mata kepada 9,996.73 manakala FBM ACE susut 28.46 mata kepada 4,631.59.    

Mengikut sektor, Indeks Tenaga merosot 2.99 mata kepada 668.51, Indeks Perladangan turun 10.29 mata menjadi  6,494.21, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 60.1 mata kepada 15,822.24 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.53 mata kepada 169.44.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In