• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Scientex Susut Kepada RM409 Juta, Umum Dividen Lima Sen

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Scientex Susut Kepada RM409 Juta, Umum Dividen Lima Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Keuntungan bersih Scientex Bhd  susut kepada RM409.87 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 berbanding RM457.23 juta yang direkodkan semasa tahun kewangan 2021. 

Keuntungan operasinya adalah lebih rendah pada RM561 juta daripada RM600.3 juta tahun kewangan sebelumnya, disebabkan oleh cabaran operasi yang dihadapi oleh bahagian hartanah dan pembungkusan berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk kos operasi yang tinggi. 

Perolehan menokok 9 peratus kepada RM3.99 bilion berbanding RM3.66 bilion sebelum ini disebabkan oleh tambahan sumbangan daripada bahagian pembungkusan kumpulan.

“Hasil pembungkusan mencatatkan RM2.86 bilion bagi tahun kewangan semasa, mencerminkan peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya iaitu sebanyak RM2.49 bilion, disumbangkan oleh pasaran domestik serta eksport produk pembungkusan industri dan pengguna.

“Bagaimanapun, keuntungan operasi turun kepada RM238 juta daripada RM253.6 juta disebabkan oleh mampatan margin oleh lonjakan dalam bahan mentah dan kos operasi,” katanya kepada Bursa Malaysia.

Hasil hartanah berjumlah RM1.12 bilion untuk tahun kewangan 2022, susut sedikit berbanding RM1.16 bilion pada tahun kewangan 2021 susulan penangguhan kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan berkaitan yang menyebabkan kelewatan pelancaran projek yang dijadualkan. 

“Selain itu, kelewatan mendapatkan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) yang relevan ke atas projek kami di Johor serta Melaka disebabkan kekurangan bahan untuk infrastruktur bekalan kuasa turut menyumbang kepada hasil yang lebih rendah yang dicatatkan bagi tahun kewangan semasa.

“Sejajar dengan catatan hasil yang lebih rendah, keuntungan operasi hanya mencecah RM323 juta berbanding tahun kewangan sebelumnya iaitu sebanyak RM346.8 juta,” katanya. 

Melangkah ke hadapan, Scientex optimistik secara berhati-hati untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam tahun kewangan semasa. 

Syarikat itu telah mengesyorkan dividen akhir sebanyak lima sen sesaham biasa yang akan dibayar menjelang 9 Jan 2023, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada AGM akan datang.

— BERNAMA

Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In