• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penghuni Rumah Mampu Milik Tidak Mampu Berpindah Keluar – Kajian PropertyGuru

in Berita
A A
Penghuni Rumah Mampu Milik Tidak Mampu Berpindah Keluar – Kajian PropertyGuru
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik atau perumahan kos rendah dan sederhana cenderung untuk kekal dalam jenis perumahan yang sama seumur hidup, demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat teknologi pangkalan data hartanah.

Hasil daripada analisis ini telah dibentangkan oleh Pengurus Besar PropertyGuru DataSense Joe Thor baru-baru ini yang bertujuan menyingkap dengan lebih lanjut sambutan dan tahap daya penarik rumah mampu milik seperti rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan pelbagai lagi – di Lembah Klang, kata PropertyGuru dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Thor, pihak berkuasa dan badan perancang perlu mengkaji dan memahami mengapa empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik tidak mampu atau tidak mahu meninggalkan perumahan mampu milik mereka setelah mereka mula menghuni.

“Hanya 20 peratus daripada penghuni rumah mampu milik akan meninggalkan perumahan mampu milik dan bertindak membeli rumah swasta yang dibina oleh pihak pemaju.

“Antara faktor yang mendorong penghuni untuk berpindah ialah bilangan ahli keluarga yang semakin membesar dan mereka akan cenderung untuk berpindah ke rumah teres yang terletak di kawasan lebih murah,” katanya.

Kajian yang dijalankan oleh PropertyGuru telah menganalisis kira-kira 7,900 projek rumah mampu milik di  Kuala Lumpur dan Selangor dan 139,500 transaksi jualan sejak dari tahun 70-an.

Kriteria transaksi yang dianalisis ialah perumahan awam dengan nilai antara RM 25,000 hingga nilai maksimum RM350,000.

Walaupun rumah mampu milik hanyalah 10 peratus dari jumlah keseluruhan projek perumahan di lokasi berkenaan, PropertyGuru berkata ia membentuk 18 peratus daripada keseluruhan jumlah transaksi dan ini membuktikan terdapat permintaan memberangsangkan untuk rumah jenis ini. 

Menurut kajian itu, Thor berkata impian pemilik rumah mampu milik ialah sebuah rumah teres dan segala manfaat yang datang bersama iaitu ruang peribadi dan privasi sambil mengekalkan semangat kejiranan.

Beliau seterusnya menambah rumah kluster merupakan pilihan pemilik berbanding rumah flat aras tinggi kerana rumah kluster memberi lebih privasi, ruang yang lebih luas dan memupuk rasa kehidupan berkomuniti.

“Sebab utama mereka berpindah dari rumah mampu milik ialah apabila mereka mula membina keluarga, mereka memerlukan ruang dan privasi yang lebih.

“Justeru, projek rumah mampu milik secara ideal merupakan batu loncatan dalam pemilikan hartanah individu. Namun, kami mendapati purata tempoh pemilikan dari pembelian pertama hingga mereka keluar dari rumah ini ialah tujuh tahun. Amat dikesali bahawa ini bukanlah apa yang terjadi kepada empat dari lima keluarga pemilik projek rumah mampu milik,” kata beliau. 

Kajian mendapati  mereka yang tidak dapat keluar mungkin mengalami masalah kekurangan pilihan atau tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Sementara mereka yang tidak mempunyai keinginan untuk keluar mungkin disebabkan rumah mereka sekarang terletak di lokasi strategik (berdekatan dengan kemudahan kenderaan awam, sekolah dan kawasan pekerjaan dan lain-lain lagi).

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In