• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Opcom Beli Saham TJE Pada Harga RM90 Juta, Langkah Perkukuh Portfolio Penyelesaian Sektor Telco

in Berita
A A
Opcom Beli Saham TJE Pada Harga RM90 Juta, Langkah Perkukuh Portfolio Penyelesaian Sektor Telco
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Sept  (Bernama) — Opcom Holdings Bhd bercadang untuk membeli empat juta saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam T&J Engineering Sdn Bhd (TJE) pada harga pertimbangan sehingga RM90 juta.

Pertimbangan pembelian akan dilaksanakan melalui gabungan tunai (30 peratus) dan saham biasa baharu (70 peratus) dalam Opcom, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan Opcom mempelbagaikan perniagaannya termasuklah membekalkan penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi, melalui TJE yang telah menerima sub-kontrak untuk pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1 di beberapa lokasi di seluruh Sarawak.

Syarikat penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi memberi perkhidmatan kepada perniagaan dan penyedia yang pelbagai dan hasil daripada evolusi permintaan dalam ketersambungan daripada suara kepada mudah alih dan kemudiannya jalur lebar mudah alih.

Opcom berkata, pemilik projek berkaitan dalam hal itu contohnya adalah seperti penyedia perkhidmatan tetap dan mudah alih, penyedia perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi, perusahaan swasta serta pengawal selia industri telekomunikasi persekutuan dan negeri.

Menurut Pengarah Eksekutif Opcom Ong Soon Lim, cadangan pembelian dan pelaksanaan kepelbagaian dalam perniagaan adalah sesuai kerana membolehkan Opcom menawarkan penyelesaian yang lebih komprehensif untuk industri telekomunikasi, daripada kabel gentian optik kepada penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi.

Seterusnya, cadangan tersebut turut memberi Opcom peluang bagi meluaskan pasarannya di Malaysia Timur.

Lembaga pengarah Opcom menyokong cadangan pengambilalihan itu dan optimis yang ia akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan masa depan syarikat.

Pada Bajet 2022, kerajaan mengumumkan bahawa JENDELA akan dipergiatkan lagi dan memperuntukkan RM700 juta untuk meneruskan usaha penyambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar.

Kerajaan juga menyasarkan bagi mengembangkan perkhidmatan 5G kepada 36 peratus di kawasan berkepadatan tinggi termasuk di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengarah dan Pengasas TJE, Datuk Ngu Sing Hieng berkata, syarikat itu bersemangat tentang prospek penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi berikutan perkembangan transformasi digital di Malaysia.

“Komitmen JENDELA untuk membangunkan infrastruktur digital yang teguh dijangka dapat memperkukuh transformasi digital dan merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

“Ini dijangka menjadi petanda baik dan mengekalkan permintaan untuk penyelesaian infrastruktur rangkaian telekomunikasi. Tambahan pula, perkongsian antara Opcom dan TJE adalah sinergistik kerana kami juga menyokong matlamat negara dalam membina infrastruktur jalur lebar mampu milik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Jika tiada sebarang keadaan di luar jangka dan tertakluk kepada semua kelulusan yang diperoleh, cadangan tersebut dijangka selesai menjelang akhir tahun kewangan 2023.

— BERNAMA

Share265ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In