• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi secara amnya lebih rendah, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang mengambil petunjuk daripada kerugian Wall Street pada hari Jumaat di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai satu lagi kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Pada jam 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut sebanyak 16.20 mata kepada 1,451.11 berbanding penutupan Khamis minggu lepas pada 1,467.31.

Indeks utama itu dibuka 7.80 mata lebih rendah pada paras 1,459.51, dan kemudiannya berlegar  antara 1,446.04 dan 1,460.91 sepanjang sesi.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada hari Jumaat, 16 Sept 2022, sempena sambutan Hari Malaysia.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 670 berbalas 173, manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,237 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.31 bilion unit bernilai RM932.55 juta.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan kekal berada dalam zon merah sejak loceng pembukaan hari ini, dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih mempengaruhi indeks utama.

Beliau berkata kebanyakan bursa utama di Asia meneruskan kerugian mereka dari minggu lepas, terutama menjelang mesyuarat Fed pada hari Selasa yang dijangka menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, sekali gus mendorong pelabur menjauhkan diri daripada aset berisiko.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.96 peratus kepada 18,580.87, Indeks Straits Times Singapura turun 0.16 peratus kepada 3,263.19, Kospi Korea Selatan lemah 1.19 peratus menjadi 2,354.37 dan indeks SSE Shanghai lega 0.16 peratus kepada 3,121.46.

Di dalam negara, saham wajaran tinggi Bursa iaitu Maybank naik tiga sen kepada RM8.61 dan CIMB Bank menokok dua sen kepada RM5.39, manakala Public Bank berkurangan empat sen kepada RM4.43, Petronas Chemicals lemah tiga sen kepada RM8.59 dan IHH Healthcare lebih rendah sebanyak 15 sen kepada RM6.17.

Bagi saham aktif, Top Glove merosot 5.5 sen kepada 71 sen dan SNS Network Technology turun setengah sen kepada 29.5 sen, manakala Metronic dan Velesto naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan 12 sen, dan XOX tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 111.28 mata untuk mencatatkan 10,363.30, Indeks FBMT 100 menguncup 110.26 mata kepada 10,104.39, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 110.59 mata kepada 10,468.23, FBM 70 lemah 127.37 mata kepada 12,600.21 dan FBM ACE lebih rendah sebanyak 94.33 mata pada 4,739.42.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 13.83 mata kepada 6,871.95, manakala Indeks Tenaga 8.47 mata lebih rendah pada 729.15, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 163.79 mata kepada 16,327.69 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.56 mata kepada 178.91.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In