• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Masih Dalam Kebimbangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini rendah selepas cuti hujung minggu Hari Malaysia yang panjang, menyaksikan para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati berikutan kerugian berterusan di Wall Street pada Jumaat yang didorong oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh sebanyak 14.50 mata kepada 1,452.81 daripada penutupan Khamis pada 1,467.31.

Indeks penanda aras dibuka 7.80 mata lebih rendah pada 1,459.51.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 347 berbalas 102, manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,668 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 250.12 juta unit bernilai RM178.96 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen menjadi agak goyah sebelum cuti panjang hujung minggu lepas dengan semua tumpuan terarah kepada mesyuarat  Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bulan September serta data kadar inflasi Malaysia yang akan dikeluarkan minggu ini.

Justeru, bursa tempatan mungkin terus menyaksikan dagangan  mendatar, begitu juga bursa serantau yang lain, katanya.

Berkenaan komoditi pula, ia menambah harga minyak mentah didagangkan melebihi US$91 setong, manakala minyak sawit mentah berlegar di bawah RM3,900.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Bank masing-masing naik tiga sen kepada RM8.61 dan RM5.40, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM8.67, Public Bank susut satu sen kepada RM4.46 dan IHH Healthcare turun 25 sen kepada RM6.07.

Bagi saham aktif, Top Glove susut tiga sen kepada 73.5 sen, RGB lega setengah sen kepada 11.5 sen dan Supermax lemah  dua sen kepada 71 sen.

SNS Network Technology pula menokok setengah sen kepada 30.5 sen, manakala Metronic tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks Emas FBM turun 99.56 mata menjadi 10,375.02, Indeks FBMT 100 menyusut 97.56 mata kepada 10,117.09, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 107.0 mata kepada 10,471.82, FBM 70 menguncup 108.04 mata kepada 12,619.54 dan FBM ACE 59.33 mata lebih rendah pada 4,774.42.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 5.5 mata pada 732.12, Indeks Perladangan susut 3.47 mata menjadi 6,854.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 133.81 mata kepada 16,357.67 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.94 mata kepada 180.53.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In