• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023

in Berita
A A
Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Kerajaan diminta untuk meneruskan pemberian elaun pelaburan hijau dalam Bajet 2023 untuk syarikat-syarikat yang melaksanakan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kata Top Glove Corporation Bhd.

Ketika berkongsi harapan mengenai bajet itu kepada Bernama, pengeluar sarung tangan itu juga menyarankan agar insentif tambahan diperkenalkan untuk syarikat-syarikat yang bertindak memasang atau menaik taraf kemudahan pembuatan bagi melindungi alam sekitar seperti inisiatif mengurangkan penggunaan tenaga, kitar semula air serta penuaian air hujan.

“Dalam usaha meningkatkan lagi sokongan terhadap aspirasi pelepasan sifar bersih karbon Malaysia, insentif cukai ini tidak hanya menumpukan kepada inisiatif berkaitan solar, tetapi meliputi peningkatan proses pembuatan bagi mengurangkan pelepasan karbon atau menjimatkan tenaga,” katanya.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan menyatakan syarikat-syarikat yang melabur melabur dalam teknologi hijau akan menikmati skop insentif cukai yang diperluas (sekiranya permohonan diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) bagi tempoh 1 Jan, 2022 hingga 31 Dis, 2023.

Dua insentif hijau terbabit adalah Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pelaburan Hijau (GITE).

GITA merujuk kepada lanjutan elaun cukai pelaburan selama tiga tahun sehingga 100 peratus bagi perbelanjaan modal untuk tujuan aktiviti hijau yang layak manakala GITE merangkumi lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun ke atas pendapatan berkanun bagi perkhidmatan hijau yang layak.

Selain itu, Top Glove berkata bagi mengekalkan daya saing negara di rantau ini, kerajaan sewajarnya mempertimbang untuk mengurangkan cukai korporat secara beransur-ansur kerana kadar 24 peratus pada masa ini agak tinggi berbanding negara-negara jiran seperti Singapura (17 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Top Glove juga meminta kerajaan memberi bantuan dari segi meningkatkan elaun eksport serta melanjutkan elaun pelaburan semula yang tamat pada 2024.

“Kami berharap kerajaan membenarkan lantikan wakil syarikat (daripada sekumpulan syarikat berkaitan) untuk menuntut elaun tersebut atas dasar satu kumpulan berbanding amalan semasa menuntutnya secara entiti berasingan. Ini perlu dipinda bagi menggalakkan lebih banyak eksport,” katanya.

Menurutnya, insentif bagi syarikat pembuatan dan syarikat terpilih Malaysia dalam sektor pertanian juga dapat menggalakkan mereka melabur semula dan mengembangkan perniagaan.

“Selain itu, kami juga berharap untuk melihat pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar munasabah dan sistem bayaran balik GST yang cekap bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya,” katanya.

Top Glove berkata, bagi menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan memenuhi keputusan kerajaan 80:20 berkaitan pengambilan mereka menjelang Disember 2024, kerajaan perlu mempertimbang untuk memberi insentif cukai.

Dalam pada itu, Top Glove turut menjangkakan industri sarung tangan itu akan terus berdepan cabaran pada tempoh-tempoh memasuki 2023 dengan senario endemik semasa menunjukkan penurunan permintaan walaupun ini bukanlah gambaran sebenar.

Syarikat itu turut menyifatkan keadaan sekarang sebagai agak janggal yang berpunca daripada simpanan berlebihan akibat pembelian panik ketika kemuncak pandemik selain terdapat penambahan bekalan sejak dua tahun lepas.

“Industri ini memerlukan sedikit masa untuk menangani keadaan itu, namun kami yakin situasi akan pulih dan permintaan akan meningkat semula,” katanya.

Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) baru-baru ini berkata prestasi perniagaan sarung tangan tempatan dijangka meningkat sedikit berbanding 2019 dengan purata harga jualan diunjur mencecah paras sebelum COVID-19 iaitu US$20 (RM89.84) dan US$25 bagi setiap 1,000 helai.

Presidennya, Dr Supramaniam Shanmugan berkata permintaan global bagi sarung tangan getah dijangka berjumlah kira-kira 399 bilion helai pada tahun ini dengan pertumbuhan sebanyak 10-12 peratus bagi tahun ke tahun.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In