• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Umum Penemuan Minyak Di Suriname

in Berita
A A
Petronas, DNV Tandatangani MOU Untuk Penangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Petronas Suriname E&P B.V. (PSEPBV) hari ini mengumumkan kejayaan penemuan pertama minyak di Suriname menerusi usaha yang dijalankan di telaga Baja-1, Blok 53 di kawasan luar pesisir negara tersebut.

Telaga yang terletak kira-kira 189 kilometer di luar pesisir Suriname pada kedalaman 1,140 meter, telah berjaya digerudi sehingga sedalam 5,290 meter.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu turut menemukan minyak ringan di kawasan jujukan enapan usia Campanian dan penilaian pasca-penggerudian sedang dilakukan bagi mengesahkan potensi sumber penemuan tersebut.

“Penemuan di telaga Baja-1 merupakan satu pencapaian bermakna dalam usaha membuka sumber hidrokarbon laut daripada aktiviti cari gali kami.

“Malah, kami turut teruja dengan kejayaan ini dan akan kekal fokus untuk mengembangkan lagi portfolio antarabangsa, terutamanya di kawasan Amerika,” kata Naib Presiden Cari Gali Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti gabungan kepakaran serta pengalaman oleh semua rakan usaha yang terbabit.

PSEPBV merupakan pemegang 30 peratus kepentingan penyertaan dalam blok yang diuruskan oleh APA Suriname Corporation LDC yang mempunyai 45 peratus kepentingan manakala baki 25 peratus dipegang oleh CEPSA Suriname, S.L.

Selain itu, PSEPBV juga memegang 100 peratus kepentingan dan pengendali di Blok 48 dan terbabit dalam perkongsian 50:50 dengan ExxonMobil Exploration & Production Suriname B.V di Blok 52 yang juga kawasan berpotensi di lembangan Suriname-Guyana. 

— BERNAMA

Share3451ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In