• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta

in Berita, Saham
A A
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — CTOS Digital Bhd bercadang untuk membeli 80,000 dan 1.57 juta saham RAM Holdings Bhd daripada Deutsche Bank (M) Bhd dan Dragonline Solutions Sdn Bhd masing-masing pada harga RM2.28 juta dan RM44.60 juta.

CTOS berkata cadangan pembelian itu, masing-masing mewakili 0.8 peratus dan 15.65 peratus daripada jumlah modal saham berbayar dalam RAM, “akan dibiayai sepenuhnya oleh pembiayaan bank dan tiada liabiliti, liabiliti luar jangka dan jaminan yang perlu ditanggung oleh CTOS, daripada pembelian itu.”

“Pembelian kepentingan dalam RAM akan membolehkan CTOS mencapai pegangan saham majoriti dalam RAM.  Susulan daripada pembelian yang disebutkan di atas daripada Deutsche dan Dragonline, kepentingan ekuiti CTOS dalam RAM akan meningkat daripada 39.13 peratus kepada 55.58 peratus.

“Ini akan membolehkan kedua-dua syarikat memanfaatkan kepakaran setiap syarikat dalam penilaian kredit, data dan analitik untuk mengembangkan penawaran produk dan cadangan nilai mereka kepada pangkalan pelanggan sedia ada mereka,” katanya kepada bursa saham.

Melangkah ke hadapan, CTOS berkata kedua-dua syarikat dijangka mendapat manfaat daripada perkongsian daripada potensi sinergi dalam kedua-dua tawaran produk dan pangkalan pelanggan.

Ia menyatakan bahawa pembelian yang dicadangkan itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang utama bagi CTOS atau sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Bagaimanapun, tahap kadar hutang kumpulan akan meningkat daripada 0.24 kali kepada 0.33 kali berdasarkan keputusan kewangan yang belum diaudit pada 30 Jun 2022, katanya.

— BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In