• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Mestron Dapat Tempahan Bernilai RM13 Juta Di Bawah DNB, USP

in Berita
A A
Mestron Dapat Tempahan Bernilai RM13 Juta Di Bawah DNB, USP
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Sept  (Bernama) — Mestron Holdings Bhd (MHB) berjaya mendapatkan tempahan projek bernilai RM13 juta lagi di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) dan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Tempahan itu merupakan tambahan kepada RM17.5 juta yang diperoleh daripada pelan infrastruktur digital negara, Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada Jun tahun ini.

“Dengan komitmen kerajaan terhadap agenda untuk menambah baik ketersambungan di seluruh negara, projek-projek ini menjanjikan peluang pertumbuhan yang luas untuk kumpulan,” kata Pengarah Urusan Mestron Por Teong Eng dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Por berkata, kumpulan itu telah melihat peningkatan mendadak dalam nilai perolehan kontrak yang pada masa kini berjumlah RM53 juta.

Ini selaras dengan penggunaan rangkaian 5G yang semakin beransur-ansur memperoleh momentum, kerana Mestron menjana pendapatannya melalui pembuatan tiang standard dan tiang khas dalam segmen telco, katanya.

Tempahan bernilai RM13 juta itu dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang dan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh terdekat, tambahnya.

— BERNAMA

Share288ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In