• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Empat MNO Kekal Komited Bersama DNB, Akses 5G Di Landasan Tepat – Tengku Zafrul

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Empat MNO Kekal Komited Bersama DNB, Akses 5G Di Landasan Tepat – Tengku Zafrul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Keputusan dua pengendali rangkaian operasi mudah alih (MNO) untuk tidak melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB)  tidak memberi impak besar kepada kerajaan dari segi kewangan kerana terdapat beberapa bank tempatan dan juga bank asing yang bersedia untuk membiayai  pelaksanaan 5G di Malaysia.

“Ini juga mencerminkan keyakinan sektor swasta terhadap pelan pembangunan 5G di negara kita,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz kepada Bernama. 

Namun begitu, katanya, keputusan tersebut sudah tentunya ada impaknya dari segi melambatkan garis masa pelaksanaan 5G untuk rakyat dan perniagaan dan hakikat bahawa Malaysia sudah tertinggal dari segi pelaksanaannya berbanding dengan negara jiran serantau.

Terkini, dua daripada empat pengendali rangkaian operasi mudah alih (MNO) yang komited untuk melanggan saham DNB terpaksa berbincang semula dengan pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah masing-masing bagi kemungkinan melanggan jumlah pegangan ekuiti yang berbeza.

Empat MNO iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi.com Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) masih tetap dengan keputusan masing-masing untuk melanggan saham DNB.

Difahamkan Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata ada kemungkinan saham DNB akan ditawarkan kepada MNO asing.

“Opsyen untuk menawarkan pegangan ekuiti kepada MNO asing juga masih ada kerana pelbagai MNO asing telah menzahirkan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan rangkaian 5G tempatan.

“Dasar Kerajaan adalah untuk mengutamakan MNO domestik, namun dengan adanya baki saham yang masih boleh dilanggan, kerajaan tidak menolak kemungkinan penawaran saham DNB kepada MNO asing,” katanya.

Perjanjian Langganan Saham baharu pada September, 80 peratus liputan 5G menjelang 2024

Mengenai Perjanjian Langganan Saham (SSA) baharu, Tengku Zafrul berkata beliau berharap agar ia dapat dimuktamadkan pada bulan September agar kerajaan boleh menawarkan perkhidmatan 5G secepat mungkin untuk manfaat Keluarga Malaysia.

“Yang paling penting adalah pelaksanaan 5G buat manfaat rakyat dan perniagaan. Dalam tempoh rundingan untuk memuktamadkan SSA, saya difahamkan DNB juga telah menjalankan rundingan mengenai Perjanjian Akses 5G,” katanya.

Menurutnya, bagi MNO yang tidak melanggani saham DNB, mereka masih boleh menawarkan akses 5G melalui Perjanjian Akses 5G.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur 5G Malaysia amat penting untuk Malaysia membina ekonomi berasaskan digital yang berpotensi meraih pelbagai kesan pengganda seperti peningkatan kumulatif keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga RM650 bilion bagi tempoh 2022-2030 serta penjanaan 750,000 pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

“Ia juga bakal memanfaatkan sembilan industri dan sektor, dan bakal mendorong pembangunan 15 bandar raya pintar,” katanya.

Kementerian Kewangan melalui pegangan ekuiti dalam DNB akan memastikan agar rangkaian dan infrastruktur 5G dibangunkan secepat mungkin dan DNB kekal di landasannya bagi mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024.

— BERNAMA


Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In