• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku-2 Bank Islam Susut Kepada RM117.16 Juta

in Berita, Saham
A A
Bank Islam Terbit Sukuk Wakalah Sulung Bernilai RM500 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 (S2 2022) susut kepada RM117.16 juta daripada RM194.33 juta berikutan pendapatan bersih rendah yang diburukkan oleh overhed dan elaun bersih tinggi bagi rosot nilai pembiayaan dan pendahuluan. 

Hasil turun kepada RM823.02 juta berbanding RM834.34 juta sebelumnya manakala pendapatan asas sesaham (EPS) jatuh kepada 5.44 sen daripada 7.44 sen sebelumnya.

Bagi tempoh separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2022, keuntungan bersih menyusut kepada RM223.07 juta daripada RM353.04 juta manakala hasil turun sedikit kepada RM1.596 bilion berbanding RM1.605 bilion.

EPS asas juga susut kepada 10.39 sen daripada 13.54 sen sebelumnya, kata BIMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan BIMB Mohd Muazzam Mohamed berkata meskipun bank itu terus berwaspada terhadap prospek tahun ini, khasnya melihatkan ketidaktentuan global, Kumpulan terus teguh dalam melaksanakan strategi pendigitalan dan membuat pelaburan demi pertumbuhan perniagaan seperti yang digariskan dalam pelan LEAP25. 

“Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan lembaran imbangan, pada masa sama mengekalkan kualiti aset yang kukuh dan meningkatkan lagi kecekapan kos.

“Sehubungan itu, pada pertengahan Julai lalu, Kumpulan telah melancarkan kemudahan perbankan digital bagi memenuhi keperluan generasi muda dan celik digital dikenali sebagai Be U. Ia merupakan bank digital natif awan yang pertama di negara ini.

“Penyertaan penggiat terkemuka industri sebagai rakan strategik akan membolehkan lebih banyak fungsi dan membawa perkhidmatan nilai tambah kepada platform berkenaan. Be U dijangka memperkenalkan tawaran baharu seperti deposit bertempoh, kad debit, pengurusan kewangan peribadi dan pelbagai ciri lain dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.

Mohd Muazzam berkata memandangkan momentum pertumbuhan domestik yang positif sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Kumpulan menjangkakan langkah pengurangan sokongan monetari akan dilakukan secara berperingkat dan terkawal.

“Kami menjangkakan kerajaan akan memperkenalkan sistem subsidi bersasar untuk membantu individu yang layak dalam keadaan semasa yang mencabar ini.

“Kumpulan Bank Islam terus bersedia untuk menyediakan sokongan yang diperlukan bagi memastikan pelanggan kami kekal berdaya tahan dan membantu mereka kembali bangkit demi kesejahteraan hidup mereka,” katanya.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In