• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Naik Kepada RM27.1 Juta Pada Suku Kedua

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Naik Kepada RM27.1 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 melonjak kepada RM27.1 juta daripada RM6.96 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas kebanyakannya didorong oleh peningkatan kemasukan pesakit.

Perolehan juga meningkat kepada RM707.57 juta daripada RM632.83 juta tahun lepas dipacu oleh peningkatan dalam kecekapan, kualiti dan produktiviti hospital serta pelaksanaan pelan transformasi dan strategi pengoptimuman kos, kata KPJ Healthcare dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2022, keuntungan bersih syarikat juga naik kepada RM49.29 juta berbanding RM19.93 juta tahun lepas manakala hasil bertambah kepada RM1.36 bilion daripada RM1.24 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam satu kenyataan berasingan berkata syarikat itu optimis industri penjagaan kesihatan akan terus menjadi menjadi penyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Pertumbuhan permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dijangka susulan daripada peningkatan kesedaran penjagaan kesihatan mental dan fizikal serta peralihan penjagaan kesihatan daripada kemasukan ke hospital kepada penjagaan pencegahan.

“Selain itu, prosedur perubatan elektif yang kukuh dan pemulihan sektor pelancongan kesihatan juga dijangka memberi petunjuk untuk prospek syarikat melangkah ke hadapan,” katanya.

Mengenai prospek, KPJ Healthcare berkata ia kekal fokus untuk meningkatkan kecekapan, kualiti dan produktiviti hospital serta pelaburannya melalui pelaksanaan pelan transformasi syarikat dan strategi pengoptimuman kos.

“Seiring dengan slogan ‘Care for Life’, syarikat itu kekal komited terhadap penjagaan pesakit dengan memanfaatkan teknologi digital untuk penyediaan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik.

“KPJ Healthcare juga sentiasa mencari pelaburan yang berdaya maju untuk mengembangkan keupayaannya dalam penjagaan pencegahan dan kesejahteraan bagi melengkapkan perkhidmatan sedia ada,” katanya.

KPJ Healthcare telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 0.55 sen sesaham, pembayaran dividen tertingginya setakat ini, ia akan dibayar pada 21 Oktober, 2022.

— BERNAMA

Share267ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In