• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Yang Diberikan Kepada Pemegang Saham (“PATAMI”) Bagi UMW Holdings Meningkat Kepada RM107 Juta Pada Suku Kedua Tahun 2022

in Berita, Saham
A A
Kumpulan UMW Mendaftarkan Jualan Automotif Yang Baik, Catat Jualan Sebanyak 24,983 Unit Pada Julai 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) melonjak kepada RM107.2 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (“S2 2022”), berbanding dengan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti (“LATAMI”) sebanyak RM3.6 juta yang didaftarkan pada suku yang sama berakhir 30 Jun 2021 (“suku yang sepadan”). Didorong oleh sumbangan yang baik daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras, hasil perniagaan Kumpulan pada S2 2022 meningkat sebanyak 52.6% kepada RM3,730.8 juta, oleh kerana pemulihan yang kukuh daripada pandemik Covid-19. Peningkatan prestasi Kumpulan terutamanya disebabkan oleh pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional (“NRP”) berbanding Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) pada suku yang sama dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 serta peralihan ke fasa endemik Covid-19.

Segmen Automotif

Hasil perniagaan bagi segmen Automotif bagi S2 2022 meningkat 57.3% kepada RM3,117.4 juta berbanding suku yang sepadan, disokong oleh catatan jualan kenderaan yang lebih tinggi yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu. Selaras dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat segmen tersebut (“PBTZ”) meningkat hampir enam kali ganda kepada RM202.9 juta. Disokong oleh pesanan tertunggak yang tinggi dan jualan yang kukuh pada separuh pertama tahun ini, Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) baru-baru ini telah menaikkan semula jumlah sasaran jualan Industri (“TIV”) untuk tahun 2022 kepada 630,000 unit daripada 600,000 unit sebelum ini. Selain itu, kerajaan telah melanjutkan lagi pengecualian cukai jualan untuk tempahan tertunggak yang dibuat pada 30 Jun 2022 dan didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023. Dengan peningkatan terhadap rantaian bekalan dan cip semikonduktor, Kumpulan yakin dalam mencapai sasaran jualan tahun ini.

Segmen Jentera

Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 22.2% kepada RM366.6 juta pada S2 2022 berbanding dengan RM299.9 juta bagi suku yang sepadan, disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan di dalam pasaran tempatan dan luar negara. Sejajar dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ yang dicatatkan adalah sebanyak RM35.4 juta, 11.4% lebih tinggi berbanding RM31.8 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan. Permintaan terhadap jentera berat kekal kukuh di semua pasaran, kecuali Myanmar dimana keadaan politik yang tidak stabil berterusan. Harga komoditi yang kukuh dan peningkatan dalam aktiviti pembinaan dijangka menyumbang secara positif kepada subsegmen tersebut. Sub-segmen jentera industri akan terus mengukuhkan perniagaan automasi dan pengubahsuaian forklift untuk perkembangan di masa hadapan. Permintaan yang bertambah baik dalam sektor pembuatan, makanan dan minuman serta logistik dijangka akan meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan sub-segmen jentera industri.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan (“M&E”) dan Aeroangkasa

Hasil perniagaan bagi segmen meningkat sebanyak 41.6% kepada RM226.4 juta berbanding dengan RM159.9 juta pada suku yang sepadan disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada semua sub-segmen. Sejajar dengan hasil perniagaan yang tinggi, segmen tersebut melaporkan PBTZ yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM13.1 juta pada S2 2022. Segmen ini dijangka akan mendapat manfaat daripada pasaran peralatan asli (“OE”) dan peralatan gantian (“RE”) yang teguh berikutan permintaan yang lebih tinggi untuk kenderaan pada separuh kedua tahun 2022. Subsegmen Aeroangkasa akan terus meneroka peluang untuk menambah baik penggunaan kilangnya dan mempelbagaikan kebolehan pembuatannya sejajar dengan kepelbagaian produknya dan strategi pelanggannya. Perkembangan yang stabil dalam penggunaan kargo dan pengangkutan udara pada tahun 2022, memberikan sumbangan yang penting kepada peningkatan terhadap tempahan pesawat baharu yang bersaiz lebar pada masa hadapan. Dalam usaha menguruskan pesanan tertunggak oleh pengeluar pesawat, ini menunjukkan masa hadapan bagi perniagaan selongsong kipas pesawat bertambah baik.

Prospek keseluruhan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kumpulan mencatatkan keputusan yang lebih baik pada suku kedua 2022 berikutan peralihan kepada fasa endemik Covid-19. Walau bagaimanapun, Kumpulan tetap berwaspada memandangkan persekitaran yang mencabar dengan kenaikan kadar faedah dan inflasi yang tinggi. Tambahan pula, konflik ketenteraan yang berpanjangan di Ukraine dan ketegangan geo-politik yang semakin meningkat telah menambahkan ketidaktentuan yang tinggi dari segi keyakinan dan persekitaran perniagaan yang menyebabkan dolar AS semakin tinggi berbanding mata wang lain termasuk Ringgit Malaysia. Dengan ini, Kumpulan akan terus meningkatkan daya tahannya dengan kekal fokus terhadap pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta meningkatkan perhubungan dengan prinsipal, pembekal dan pemegang kepentingannya untuk mengurangkan kesan terhadap Kumpulan. Secara keseluruhannya, Kumpulan menjangkakan prestasinya untuk tahun kewangan 2022 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In