• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

CGS-CIMB Futures Lancar Niaga Hadapan Patuh Syariah Pertamanya

in Berita, Saham
A A
CGS-CIMB Futures Lancar Niaga Hadapan Patuh Syariah Pertamanya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — CGS-CIMB Futures Sdn Bhd melancarkan Niaga Hadapan Patuh Syariah (SCF) pertama untuk menambah baik akses pelabur tempatan dan memenuhi permintaan yang semakin berkembang terhadap pelaburan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Pelaburan Islam Kumpulan CGS-CIMB Securities, Ruzi Rani Ajith berkata pelabur kini boleh berdagang dalam kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) dan kontrak niaga hadapan isirong sawit mentah (FPKO) yang disenaraikan di Bursa Malaysia Derivatives, dalam senario patuh syariah yang lengkap.

“Matlamat kami adalah menawarkan peluang kepada pelabur untuk melabur mengikut prinsip mereka bagi mencapai matlamat pelaburan serta mewujudkan impak mampan dan positif.

“Selain itu, pelabur juga memberi impak kepada masyarakat menerusi sumbangan kami kepada zakat dan pertubuhan kebajikan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SCF di sini, pada Khamis.

Beliau berkata SCF akan terus menerajui dan meluas dengan merentas rantau ini menerusi penawaran lebih banyak niaga hadapan patuh syarikat global.

Ketua Niaga Hadapan, Maxwell Ong berkata sejak pelancaran awal SCF semasa Persidangan Labur Syariah 2022 pada Julai 2022, SCF mencatatkan banyak akaun baharu kerana wujud permintaan terhadap produk syariah dalam pasaran.

“Kami mendapati pelabur mempelbagaikan portfolio mereka dengan meliputi (kontrak) niaga hadapan dan pelabur Islam amat menitikberatkan pematuhan syariah,” katanya.

Beliau berkata perbezaan di antara niaga hadapan konvensional dengan SCF adalah dalam akaun SCF, pelanggan hanya boleh berdagang dalam produk yang telah diluluskan sebagai patuh syariah manakala akaun niaga hadapan konvensional membenarkan dagangan semua produk yang ditawarkan CGS-CIMB Futures seperti FKLI, FCPO dan semua produk global.

Semua dana daripada pelanggan SCF juga akan dimasukkan ke dalam akaun bank Islam berasingan untuk mengelakkan riba, katanya.

Beliau berkata jawatankuasa penasihat syariah telah dilantik untuk menyemak dasar dan prosedur SCF setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada keperluan syariah.

“Pelanggan SCF akan diberikan dokumen patuh syariah merangkumi proses pembukaan akaun sehingga penyelesaian transaksi,” katanya.

Ong berkata dalam melangkah maju, syarikat itu menyasar untuk mengembangkan tawaran kepada pasarannya yang lain iaitu Singapura dan Indonesia.

— BERNAMA

Share343ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In