• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Supermax Susut Pada RM732.43 Juta

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Supermax Susut Pada RM732.43 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Supermax Corporation Bhd (Supermax) mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM732.43 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022 berbanding RM3.82 bilion setahun lepas susulan kemerosotan berterusan purata harga jualan (ASP) serta permintaan terhadap sarung tangan getah.

Perolehan hasilnya turut merosot kepada RM2.69 bilion daripada RM7.16 bilion sebelum ini, kata kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Barisan ahli Lembaga Pengarah akan mencadangkan pembayaran dividen satu peringkat akhir pada tiga sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022, untuk kelulusan para pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan akan datang.

“Cadangan bagi kelayakan serta tarikh akhir pembayaran dividen tersebut akan diputuskan serta diumumkan kemudian,” katanya.

Selain itu, pengeluar sarung tangan getah itu turut melaporkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM33.05 juta bagi suku keempat berakhir Jun 2022 berbanding RM962.53 juta dalam tempoh sama tahun lepas manakala hasil merosot 84 peratus kepada RM300.23 juta daripada RM1.87 bilion, setahun lepas.

Supermax menyifatkan prestasi sedemikian disebabkan oleh gabungan faktor ASP dan permintaan yang terus suram berbanding peningkatan setahun lepas apabila kebimbangan mengenai pandemik COVID-19 menghampiri paras kemuncaknya.

Selain itu, jualan turut dijejaskan oleh arahan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) oleh pihak Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat pada Oktober 2021 yang masih berkuatkuasa manakala kerajaan Kanada pula menggantung pesanan dan penghantaran dari Supermax.

“Faktor lain termasuk pengimportan dan pengedaran dengan unit pengedaran luar negara Supermax terpaksa menjual inventori berharga tinggi pada harga pasaran yang susut sejak akhir tahun kalendar 2021 selain peningkatan kos operasi serta kenaikan gaji minimum,” kata kumpulan itu.

Supermax menjangkakan untuk menyaksikan konsolidasi utama dalam industri sarung tangan getah apabila ASP dan permintaan terus menyederhana daripada paras tertinggi ketika kemuncak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, peralihan struktur akibat pandemik tersebut akan menyaksikan permintaan kekal di paras lebih tinggi berbanding tempoh prapandemik dan meneruskan semula aliran kenaikan bagi jangka panjang apabila keseimbangan permintaan semasa kembali pulih.

“Bagi masa depan, kami menjangkakan pasaran kekal lemah, persaingan yang sengit dan margin keuntungan yang terus menyederhana,” katanya.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In