• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SCGM Dapat Persetujuan Pemegang Saham Jual Kepentingan LSSPI Dengan Nilai RM544.38 Juta

in Berita, Saham
A A
SCGM Dapat Persetujuan Pemegang Saham Jual Kepentingan LSSPI Dengan Nilai RM544.38 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — SCGM Bhd (SCGM) telah mendapat kebenaran daripada pemegang sahamnya untuk menjual seluruh kepentingannya dalam Lee Soon Seng Plastic Industries Sdn Bhd (LSSPI) kepada Mitsui & Co Ltd and FP Corporation (FPCO) dengan nilai RM544.38 juta.

Dalam kenyataan hari ini, SCGM berkata Mitsui membeli 60 peratus daripada kepentingan ekuiti atau bersamaan 63.88 juta saham LSSPI dengan nilai RM326.63 juta, manakala FPCO membeli baki 40 peratus kepentingan ekuiti atau 42.59 juta saham LSSPI dengan jumlah pertimbangan tunai RM217.75 juta.

Pengeluar pembungkusan makanan itu berkata pertimbangan penjualan anak syarikat milik penuh itu adalah bersamaan RM2.83 sesaham.

SCGM berkata sebanyak RM425.56 juta daripada hasil tersebut akan diagihkan kepada pemegang saham SCGM yang layak dan RM18.80 juta untuk pemindahan hartanah serta-merta selepas penjualan itu selesai.

Sebanyak RM84.02 juta lagi akan diperuntukkan untuk pembelian perniagaan/aset baharu yang akan dikenal pasti atau modal kerja dalam tempoh 24 bulan dan baki sebanyak RM16 juta untuk membiayai anggaran perbelanjaan bagi langkah korporat tersebut.

SCGM berkata ia akan mengagihkan tunai sebanyak RM0.36 sesaham melalui pengurangan modal dan langkah pembayaran balik serta dividen khas sebanyak RM1.85 sesaham untuk pemegang saham yang layak.

Menurutnya langkah pengurangan modal dan pembayaran balik itu akan membatalkan RM69.32 juta modal saham SCGM, sekali gus mengurangkan modal saham syarikat daripada RM132.44 juta kepada RM63.12 juta yang akan diagihkan kepada pemegang saham yang layak melalui pengagihan tunai RM0.36 bagi setiap saham SCGM.

“Tarikh kelayakan untuk pengurangan modal dan pembayaran balik itu akan ditentukan selepas menerima perintah daripada Mahkamah Tinggi Malaya yang mengesahkan pengurangan modal dan pembayaran balik tersebut di bawah Seksyen 116 Akta Syarikat 2016,” katanya.

Menurut syarikat, tarikh kelayakan bagi dividen khas tidak akan sama seperti tarikh kelayakan untuk langkah pengurangan modal dan pembayaran balik.

Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, pengurangan modal dan pembayaran balik serta dividen khas dijangka selesai menjelang suku keempat 2022.

Katanya LSSPI  telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan anak syarikat milik penuh SCGM, Habipack Sdn Bhd untuk pemindahan tiga bidang tanah bersebelahan dengan bangunan kilang dan bangunan sampingan lain yang terletak di Kulai, Johor dengan jumlah pertimbangan tunai RM18 juta.

— BERNAMA 

Share261ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In