• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Indeks petunjuk pasaran di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dalam sentimen lemah, dengan pelabur menilai semula risiko selepas pasaran global ditutup rendah pada minggu lepas.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.5 mata kepada 1,492.94, berbanding 1,504.44 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.83 mata kepada 1,501.61, seterusnya bergerak antara 1,489.25 dan 1,502.07 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 207 manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,218 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.05 bilion unit bernilai RM713.29 juta.

Dengan pelabur global menilai semula risiko kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, saham yang dijangka meningkat mungkin menyaksikan tekanan jualan, terutamanya selepas FBM KLCI merosot pada Jumaat lepas sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, menurut Malacca Securities Sdn Bhd.

“Bagaimanapun, kami percaya peniaga di bursa tempatan dijangka terus optimis dengan berhati-hati dalam persekitaran musim pelaporan pendapatan, selain memantau data kadar inflasi Malaysia yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Katanya sektor teknologi dijangka menyaksikan penurunan berikutan kemerosotan dalam Nasdaq semalaman dan tumpuan pelabur mungkin beralih kepada saham dengan prospek pendapatan yang kukuh seperti pengguna terpilih, perbankan dan Real Estate Investment Trust.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa, Malayan Banking merosot empat sen kepada RM8.88, Public Bank tidak berubah pada RM4.61, Petronas Chemicals berkurangan tiga sen kepada RM8.71 dan CIMB Group susut enam sen kepada RM5.36.

Daripada saham aktif, Cnergenz menambah tujuh sen kepada 95.5 sen, MyEG naik setengah sen kepada 79 sen dan Agmo menambah empat sen kepada 85 sen manakala Metronic tidak berubah pada 5.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 78.54 mata kepada 10,601.35, Indeks FBMT 100 berkurangan 76.89 mata kepada 10,346.36, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 98.26 mata kepada 10,717.34 dan FBM ACE susut 80.17 mata kepada 4,906.51 manakala FBM 70 meningkat 83.16 mata kepada 12,704.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 71.49 mata kepada 16,681.49, Indeks Perladangan berkurangan 68.84 mata kepada 7,178.40, Indeks Tenaga susut 3.44 mata kepada 667.90 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.51 mata kepada 182.23.

— BERNAMA 

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In