• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Dialog Group Susut Kepada RM508 Juta Pada Tahun Kewangan 2022

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Dialog Group Susut Kepada RM508 Juta Pada Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Dialog Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 sebanyak RM508 juta berbanding RM543.14 juta pada tahun sebelumnya berikutan kos projek yang lebih tinggi dan kerugian direkodkan dalam beberapa projeknya.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM2.32 bilion daripada RM1.61 bilion sebelumnya disebabkan oleh peningkatan aktiviti dalam operasi huluan, pertengahan dan hiliran Malaysia, kata penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2022, keuntungan bersih kumpulan itu juga lebih rendah pada RM118.25 juta berbanding RM138.54 juta setahun sebelumnya manakala perolehan naik kepada RM675.65 juta daripada RM522.14 juta sebelumnya.

Kumpulan itu berkata aktiviti huluannya mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi manakala tangki simpanan Dialog Terminals Pengerang (5) Sdn Bhd yang telah ditauliahkan pada Februari 2021 menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi untuk perniagaan pertengahan.

Bagi perniagaan hiliran, ia sibuk dengan pelbagai projek kejuruteraan, pembinaan, fabrikasi dan penyelenggaraan loji.

“Projek-projek berkenaan sedang berjalan bagaimanapun ia menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh pandemik COVID-19, konflik di Ukraine, tekanan inflasi dan kekangan tenaga kerja.

“Ini sudah pasti mengakibatkan lebihan kos dan kerugian projek,” katanya.

Di peringkat antarabangsa, kumpulan itu melaporkan hasil yang lebih tinggi dengan peningkatan aktiviti kejuruteraan, pembinaan dan perkhidmatan loji di Singapura dan jualan produk dan perkhidmatan pakar yang lebih tinggi di pelbagai negara.

“Bagaimanapun, keuntungan bersih selepas cukai lebih rendah kerana persekitaran yang mencabar.

“Sama seperti Malaysia, kami sedang berbincang dengan pelanggan kami untuk pembayaran balik dan pampasan bagi projek yang berlebihan dan kerugian yang disebabkan oleh cabaran ini,” katanya.

Sementara itu, Dialog dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia mengumumkan bahawa ia sedang mendapatkan kelulusan pemegang sahamnya pada mesyuarat agung tahunan yang akan datang untuk cadangan pembaharuan daripada pihak berkuasa bagi syarikat untuk membeli sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitan Dialog.

“Satu kenyataan dengan maklumat berkaitan cadangan pembaharuan beli balik saham akan disebarkan kepada pemegang saham syarikat bersama-sama dengan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 dalam masa terdekat,” katanya.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In