• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sime Darby Dijangka Hadapi Cabaran Pada Tahun Kewangan 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif

in Berita
A A
Sime Darby Dijangka Hadapi Cabaran Pada Tahun Kewangan 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Sime Darby Bhd (Sime Darby) menjangkakan lebih banyak cabaran akan dihadapi pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 kerana keadaan inflasi yang tinggi dan peningkatan kos pinjaman yang memberi kesan kepada sentimen pengguna, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson.

Beliau berkata cabaran dalam rantaian bekalan belum diselesaikan sepenuhnya dan sekatan perjalanan di China akibat penularan semula COVID-19 juga telah menjejaskan perniagaan kumpulan itu.

“Saya masih berkeyakinan bahawa Sime Darby mempunyai perniagaan yang luas di Asia Pasifik dan kami mempunyai pasukan kukuh menguruskan perniagaan,” katanya pada sidang media secara maya selepas mengumumkan prestasi Sime Darby untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, hari ini.

Sime Darby mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.10 bilion untuk tahun kewangan 2022 berbanding RM1.43 bilion setahun sebelumnya, ia termasuk keuntungan sekali sahaja sebanyak RM272 juta hasil daripada pelupusan kepentingan kumpulan dalam Tesco Malaysia.

Tidak termasuk keuntungan, keuntungan bersih kumpulan merosot sedikit sebanyak 4.3 peratus disebabkan oleh keuntungan lebih rendah daripada perniagaan perindustrian dan permotorannya di China yang terjejas oleh kemerosotan seluruh industri dalam jumlah peralatan berat, kekurangan inventori dan sekatan perjalanan akibat pandemik COVID-19.

Hasil diperoleh adalah lebih rendah pada RM42.50 bilion bagi tahun tersebut berbanding RM44.30 bilion pada tahun kewangan 2021.

Mengenai potensi penggabungan dan pengambilalihan, Jeffri berkata kumpulan itu sedang menilai peluang untuk mengembangkan perniagaan permotorannya di China dan negara-negara lain.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bahagian Motor Sime Darby Andrew Basham berkata pada masa ini, perniagaan kenderaan elektrik (EV) kumpulan menyumbang kira-kira 4.0 ke 4.5 peratus kepada pendapatan Sime Darby Motors pada tahun kewangan 2022.

“Memandangkan nilai perolehan sedia ada dan organisasi yang kami bekerjasama sedang cuba meningkatkan kereta EV mereka, kami menjangkakan untuk melihat peratusan yang lebih tinggi daripada itu,” katanya.

 — BERNAMA

Share300ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In