• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sime Darby Catat Keuntungan Bersih RM1.10 Bilion Pada Tahun Kewangan 2022

in Berita, Saham
A A
Sime Darby Catat Keuntungan Bersih RM1.10 Bilion Pada Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Sime Darby Bhd mencatatkan keuntungan bersih rendah sebanyak RM1.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022 (TK2022) berbanding RM1.43 bilion pada tahun sebelumnya yang termasuk keuntungan sekali sebanyak RM272 juta daripada penjualan pegangan kumpulan dalam Tesco Malaysia.

Tidak termasuk keuntungan itu, untung bersih kumpulan turun sedikit sebanyak 4.3 peratus berikutan keuntungan rendah daripada perniagaan perindustrian dan motor kumpulan di China, yang menerima kesan daripada penurunan kuantiti dalam seluruh industri bagi peralatan berat, kekurangan inventori dan sekatan akibat COVID-19, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil rendah sebanyak RM42.50 bilion bagi tahun itu berbanding RM44.30 bilion pada Tahun Kewangan 2021.

Bagi suku keempat yang berakhir 30 Jun, 2022 (S4 TK2022), keuntungan bersih naik kepada hampir 32 peratus sebanyak RM278 juta berbanding RM211 juta setahun lalu, berikutan peningkatan keuntungan daripada bahagian perindustrian dan perbelanjaan cukai rendah, kata syarikat itu. Bagaimanapun hasil berkurangan kepada RM10.85 bilion berbanding RM11.30 bilion tahun sebelumnya.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Jeffri Salim Davidson berkata konglomerat itu melaporkan keuntungan lebih satu bilion tahun ini meskipun pelbagai cabaran yang disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan dan kos operasi tinggi akibat daripada isu buruh.

Sime Darby mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 7.5 sen sesaham bagi Suku Keempat 2022, menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2022 sebanyak 11.5 sen sesaham atau RM783 juta, mewakili pembayaran 71 peratus daripada keuntungan bersih. 

Sementara itu, Jeffri berkata meskipun bahagian motor berdepan tahun yang sukar terutamanya di China, bahagian di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan meskipun dua bulan sekatan pergerakan dalam tahun kewangan, mencatatkan kenaikan keuntungan lebih daripada 50 peratus daripada operasi hasil yang disokong oleh pengedaran BMW dan Porsche, dan operasi pemasangan. 

“Pencapaian membanggakan kami bagi Tahun Kewangan 2022 adalah pembukaan kilang pemasangan kami bagi Porsche di Kulim, yang pertama di luar Eropah, yang akan mula mengedarkan Porsche Cayennes yang dipasang tempatan pada Mac tahun ini. Sambutan daripada pelanggan sangat menggalakkan,” katanya. 

Bagi bahagian perindustrian, harga komoditi yang kukuh memacu permintaan peralatan di pasaran utamanya di Australia. Bagaimanapun kos overhed tinggi telah mengurangkan margin. 

Di China, aktiviti pembinaan yang perlahan telah menjejsakan pasaran peralatan berat, katanya.

“Bagaimanapun, kami akan terus menumpukan kepada pelan rasionalisasi bukan teras kami. Kami berjaya memeterai perjanjian untuk menjual Weifang Port pada Julai yang menandakan berakhirnya operasi kami dalam perniagaan logistik,” kata Jeffri.

Pada masa depan, Sime Darby akan menjadi entitii yang akan menumpukan kepada bahagian automotif dan peralatan berat. 

Syarikat itu berkara tenaga kerja mahirnya yang disokong oleh jenama terbaik dunia dalam peralatan berat dan automotof akan membantu ia kekal berada di landasan. 

Kedudukan kewangan kukuhnya juga akan membolehkan syarikat itu mengambil kesempatan daripada sebarang peluang yang mungkin datang untuk mengukuhkan perniagaan terasnya dan membangun keupayaan tambahan di sepanjang rantaian nilai.

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In