• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Datasonic Dapat Kontrak Tambahan Bernilai RM31.39 Juta Daripada KDN

in Berita
A A
Datasonic Dapat Kontrak Tambahan Bernilai RM31.39 Juta Daripada KDN
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), mendapat kontrak tambahan bernilai RM31.39 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pembekalan cip pasport Malaysia berikutan pindaan dibuat dalam surat lanjutan daripada kementerian itu.

Menurut Datasonic dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DTSB telah menerima surat bertarikh 9 Ogos 2022 daripada KDN berkaitan pindaan kepada kontrak untuk pembekalan cip pasport Malaysia atau 12.5 juta cip pasport bermula dari 1 Dis 2021 hingga 30 Nov 2023.

Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan keselamatan itu berkata kontrak asal bernilai RM318.75 juta dan pindaan tersebut akan menjadikan jumlah nilai siling kontrak itu kepada RM350.14 juta.

Datasonic berkata pindaan itu melibatkan perubahan dalam kuantiti perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem untuk infrastruktur utama awam dan pembangunan utama awam untuk 2022 dan 2023.

Ia akan turut mengubah kuantiti perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem cip untuk tempatan dan luar negara untuk 2022 dan 2023 serta perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem E-Gate untuk Malaysia dan kios prabaca untuk 2022 dan 2023.

“Di bawah terma surat itu, DTSB dikehendaki menerbitkan bon prestasi berjumlah kira-kira RM3.19 juta kepada KDN dengan tempoh sah dilanjutkan sehingga 30 Nov 2024,” katanya.

Datasonic berkata perubahan dalam nilai siling kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan tahun kewangan selepas itu untuk tempoh kontrak tersebut.

Katanya ia tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam kumpulan itu.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In