• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Anak Syarikat Tomypak Beli Seluruh Kepentingan Ekuiti Dalam EB Packaging Pada Harga RM120 Juta

in Berita
A A
Anak Syarikat Tomypak Beli Seluruh Kepentingan Ekuiti Dalam EB Packaging Pada Harga RM120 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tomypak Holdings Bhd, Tomypak Flexible Packaging Sdn Bhd (TFP), memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) bagi membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam EB Packaging Sdn Bhd bernilai RM120 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata MoU pertama ditandatangani bersama Siow Chew Kiong, Teo Kee Lin, Hoo Jik Heng dan Teo Peng Hong manakala MoU kedua ditandatangani dengan RMCP Plastics Holdings Sdn Bhd.

Ia berkata cadangan pembelian itu melibatkan sejumlah 6.22 juta saham biasa dan dua saham biasa Kelas A EB Packaging.

Tomypak berkata cadangan pembelian itu adalah untuk melengkapkan perniagaan sedia ada, yang juga sebahagian daripada rancangan syarikat untuk mencari sumber pendapatan alternatif berikutan insiden kebakaran yang berlaku di kilang TFP.

“Pada 19 Dis 2021, berlaku kejadian kebakaran di kilang pembuatan utama TFP di Senai, Johor yang telah menjejaskan operasi TFP dengan teruk kerana aktiviti pembuatan utamanya dijalankan di kilang di Senai.

“Disebabkan insiden kebakaran itu, TFP hanya mampu menjalankan aktiviti pembuatannya di kilang pembuatannya di Tampoi, Johor dan hanya boleh menjalankan aktiviti pembuatan terhad pada kapasiti yang dikurangkan berbanding kilang di Senai,” katanya.

Ia berkata TFP sedang dalam proses membeli dan menugaskan mesin baharu untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya di kilang di Tampoi.

“Mesin-mesin ini, apabila beroperasi sepenuhnya dan pada penggunaan kapasiti maksimumnya, akan memulihkan keupayaan operasi Tomypak dan anak-anak syarikatnya ke tahap operasi kumpulan sebelum kejadian kebakaran itu,” tambahnya.

— BERNAMA

Share299ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In