• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MYCC Cadang Penalti Kewangan Sebanyak RM46.36 Juta Terhadap FFM Bhd

in Berita, Saham
A A
MYCC Cadang Penalti Kewangan Sebanyak RM46.36 Juta Terhadap FFM Bhd
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai dakwaan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PPB berkata dakwaan MyCC terhadap FFM itu adalah berhubung kononnya ia memeterai perjanjian atau amalan bersepadu oleh pengilang makanan ayam tertentu dalam menetapkan harga makanan ayam.

“Tertakluk kepada penemuan berhubung dakwaan pelanggaran itu, MyCC telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM. Tiada impak kewangan dari segi operasi atau material kepada kumpulan itu,” katanya.

Ia berkata FFM mungkin mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC selewat-lewatnya 20 September dan syarikat itu sedang bekerjasama dengan penasihatnya mengenai representasinya kepada MyCC.

Namun begitu, ia berkata keputusan yang dicadangkan dan kemungkinan penalti sebanyak RM46.36 juta bukanlah muktamad dan tidak muktamad ketika ini kerana MyCC dalam kenyataan akhbar bertarikh 5 Ogos 2022, menekankan bahawa penemuannya adalah sementara dan tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana entiti telah melanggar undang-undang pada peringkat ini.

Pada 5 Ogos, MyCC mengeluarkan keputusan yang dicadangkan terhadap lima pengilangan makanan kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Empat pengilang makanan ternakan lain yang menerima notis keputusan yang sama yang dicadangkan oleh MyCC ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

 — BERNAMA

Share290ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In