• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Subsidiari KPower Dapat Kelulusan Terengganu Laksana Projek Perumahan RM300 Juta

in Berita
A A
Subsidiari KPower Dapat Kelulusan Terengganu Laksana Projek Perumahan RM300 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Subsidiari milik penuh KPower Bhd, KPower Development Sdn Bhd (KDSB) telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan pembangunan perumahan bercampur pada harga mampu milik yang bernilai RM300 juta di tanah milik kerajaan Terengganu di pusat pentadbirannya yang baharu di Kuala Nerus. 

Kelulusan itu diberikan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Negeri (Bahagian Perumahan).

Projek yang terletak di Lot 100677 yang merangkumi 8.963 hektar serta Lot 100678 yang meliputi kawasan seluas 9.996 hektar di kawasan pentadbiran Kuala Nerus, terdiri daripada 1,200 unit perumahan bercampur-campur dan komersial yang berpatutan, yang akan dibangunkan secara serentak.

Menurut Kpower, pihak-pihak terbabit dijangka memeterai perjanjian muktamad dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan.

“Kami percaya cadangan nilai kami yang menggabungkan kemampanan, meningkatkan unsur air yang sedia ada dengan tema hidup yang bersemangat dan selesa dilihat amat sesuai dengan konsep Bandar Moden dan Hijau di bawah Pelan Kawasan Khas Pusat Pentadbiran Kuala Nerus,” kata Pengerusi Eksekutif Kpower Mustakim Mat Nun.

Sebelum ini, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk mengecualikan yuran pembangunan bagi projek perumahan yang berpatutan yang dibina di atas hartanah awam mulai April 2022.

Pengecualian tersebut membantu mengurangkan kos kenaikan harga bahan binaan yang dihadapi oleh pemain industri.

Kpower menambah pelaksanaan perjanjian ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan masa depan kumpulan.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In