• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Anak Syarikat BPB Teroka Pasaran Tanaman Komersial Berpandukan Teknologi, Mampan

in Berita
A A
Anak Syarikat BPB Teroka Pasaran Tanaman Komersial Berpandukan Teknologi, Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Anak syarikat Boustead Plantations Bhd (BPB), Boustead Agro Plantations Sdn Bhd telah menandatangani Dokumen Persefahaman (DoU) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL) bagi meneroka pasaran tanaman komersial berpandukan teknologi dan mampan.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata DoU tersebut mewujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak untuk memulakan dan membangunkan projek tanaman komersial iaitu cili dan halia secara siap guna melalui penggunaan sistem fertigasi pintar dan pertanian pintar Internet Pelbagai Benda (IoT).

“Usaha ini menandakan langkah pertama BPB untuk memanfaatkan sumber pasaran pertanian lain selain daripada perniagaan perladangan sawit huluan sedia ada.

“Ia juga memerlukan komitmen BPB untuk mengusahakan tanaman komersial di atas tanahnya, manakala PPKKL akan menyediakan kepakaran teknikal, bimbingan dan latihan bagi memastikan penanaman itu membuahkan hasil,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif BPB Zainal Abidin Shariff berkata pembabitan syarikat itu dalam perniagaan tanaman komersial membuktikan kesungguhannya untuk membantu kerajaan dalam menangani isu sekuriti makanan di Malaysia.

Katanya, ia juga seiring dengan komitmen syarikat terhadap Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang kedua iaitu sasaran untuk mencapai sifar kelaparan menjelang 2030.

“Berpandukan strategi Penciptaan Semula Boustead, matlamat utama kami adalah untuk mencapai pertumbuhan yang mampan bagi tempoh jangka panjang dengan mematuhi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya.

BPB adalah antara syarikat perladangan sawit huluan paling berpengalaman dan kukuh di Malaysia dengan pemegang saham utama yang terdiri daripada Boustead Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

— BERNAMA

Share856ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In