“Artikel ini tiada kaitan dengan isu kapal yang ‘hilang’”
Boustead Holdings Berhad ini sebenarnya merupakan sebuah jenama besar tetapi jarang diketahui tentang jenama tersebut sebelum ini. Cuma sejak dua menjak, nama syarikat ini sering disebut-sebut dan menjadi bualan ramai.
Oleh kerana nama syarikat ini sedang hangat diperbualkan, mari kita kenali syarikat Boustead Holdings Berhad dengan lebih mendalam. Lepas ni bolehlah kita ikut sembang tentang Boustead Holdings Berhad dengan kawan-kawan kita.
Apa Perniagaan Boustead Holdings Berhad?
Boustead Holdings Berhad merupakan kumpulan syarikat yang mempunyai sekitar 80 anak syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai di pasaran saham. Boustead Holdings Berhad juga memiliki syarikat bersekutu yang mempunyai perniagaan merentas sektor ekonomi Malaysia.
Namun begitu, syarikat ini mempunyai 5 sektor utama yang menjadi tumpuan kumpulan syarikat ini. Antaranya adalah seperti:-

- Perladangan
- Hartanah dan industri
- Farmaseutikal
- Industri berat
- Perdagangan, kewangan dan pelaburan.
Jenama-Jenama Besar Yang Dimiliki Oleh Boustead Holdings Berhad
Untuk mengetahui jenama-jenama besar yang dimiliki oleh syarikat Boustead Holdings Berhad ini, mari kita lihat berdasarkan 5 sektor utama syarikat ini.
1. The Curve & Kidzania

The Curve merupakan pusat membeli belah yang sangat sinonim dengan warga Lembah Klang ini sebenarnya dimiliki oleh syarikat Boustead Holding Berhad.

Bukan itu sahaja, pusat hiburan kanak-kanak, Kidzania ini juga merupakan salah satu jenama yang bernaung dibawah Boustead Holdings Berhad.
2. Hotel Royale Chulan

Anda pernah menginap di hotel Royale Chulan? Hotel yang diuruskan oleh Boustead Hotel & Resort Sdn Bhd ini juga merupakan jenama yang dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad.
3. Pharmaniaga

Jenama Pharmaniaga yang juga merupakan antara syarikat pembekal vaksin kepada rakyat Malaysia ini juga merupakan jenama yang dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad.
4. BHP Petrol

Jenama stesen minyak BHP Petrol ini ramai yang ingatkan adalah jenama luar negara, tetapi sebenarnya jenama BHP Petrol ini dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad.
5. Affin Bank

Jenama Affin Bank ini juga merupakan jenama dibawah naungan Boustead Holdings Berhad. Ini bermakna jenama Affin yang lain seperti Affin Hwang Investment, AXA Life Insurance dan AXA General Insurance juga sekaligus menjadi syarikat naugan Boustead Holdings Berhad.

Berikut adalah antara jenama terkenal yang sebenarnya dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad. Ada banyak lagi syarikat lain dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad ini, termasukalah syarikat pembuatan kapal laut seperti Boustead Heavy Industries Corporation.
Kita dah tahu perniagaan Boustead Holdings, sekarang kita nak tahu pula siapa yang memiliki pegangan saham terbesar dalam syarikat ini.
Pemegang Saham Terbesar Boustead Holdings Berhad

Menurut laporan kewangan syarikat Boustead Holdings Berhad, pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki lebih daripada separuh pegangan saham Boustead Holdings Berhad iaitu sebanyak 59.43% pegangan.
Ianya dikuti oleh pemegang kedua terbesar iaitu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang memiliki 5.22% pegangan dalam Boustead Holdings Berhad.
Siapa Pihak Pengurusan Terkini Boustead Holdings Berhad?

Syarikat ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan dibantu oleh ahli lembaga pengarah yang lain seperti Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Izaddeen Daud, Lieutenant General Dato’ Fadzil Mokhtar dan lain-lain.

Pihak pengurusan syarikat ini pula diketuai oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly yang bertindak sebagai Ketua Pengurusan Kumpulan dan dibantu oleh pihak pengurusan yang lain seperti Izaddeen Daud, Fahmy Ismail dan ramai lagi.
Sekarang, anda sudah tahu ke serba sedikit berkenaan syarikat yang sedang hangat dibualkan ketika ini?
Jangan lupa kongsikan kepada pembaca yang lain juga!
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




