• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama

in Berita
A A
Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd merosot 96.1 peratus kepada RM88.28 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2022, daripada RM2.26 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan peningkatan kos tenaga dan buruh yang disebabkan oleh kenaikan tarif gas asli dan pelaksanaan gaji minimum.

Perolehan turun 78.3 peratus kepada RM845.67 juta berbanding RM3.90 bilion sebelumnya, kata pengeluar sarung tangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Perolehan yang lebih rendah itu terutamanya disebabkan oleh purata harga jualan (ASP) yang kembali normal dan kemerosotan jumlah jualan sebanyak 28 peratus, berbanding suku pertama tahun kewangan 2022 apabila kedua-dua ASP dan permintaan jualan mencatatkan paras tertinggi ketika tempoh pandemik,” kata Hartalega.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kuan Mun Leong berkata kesan ASP dan permintaan yang kembali normal dipaparkan dalam keputusan suku pertama syarikat yang turut terkesan dengan persekitaran kos operasi yang lebih tinggi dan peningkatan tekanan inflasi disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik dan gas asli, serta dasar gaji minimum baharu yang dilaksanakan pada Mei 2022.

“Di samping itu, persaingan semakin sengit di pasaran berikutan keadaan bekalan berlebihan dalam sektor sarung tangan global,” katanya.

“Dalam jangka pendek, Kuan berkata cabaran luar dijangka berterusan disebabkan harga komoditi dan bahan mentah yang lebih tinggi ekoran gangguan rantaian bekalan global.

Namun begitu, kumpulan akan terus memberi tumpuan pada pengukuhan prospek jangka panjang.

Selaras dengan itu, kumpulan akan terus berkembang maju dengan peluasan terkini kilang pengeluaran sarung tangan, NGC 1.5 yang akan disiapkan secara berfasa seiring dengan keadaan bekalan dan permintaan pasaran yang sedia ada.

“Dalam jangka panjang, NGC 1.5 akan membolehkan kami memenuhi permintaan struktur yang semakin berkembang bagi sarung tangan di peringkat global.

“Ini khususnya berikutan penggunaan sarung tangan yang meluas di pasaran-pasaran sedang membangun yang kebanyakan masih rendah tahap penggunaannya selain kesedaran yang kian meningkat terhadap penjagaan kebersihan dalam kalangan pengamal penjagaan kesihatan selepas pandemik,” tambahnya.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In