• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pulih Semula Dipacu Kegiatan Memburu Saham Murah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Kemunculan kegiatan memburu saham murah dengan pembelian kebanyakannya dikesan membabitkan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh Public Bank, mendorong dagangan di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini selepas mengalami kerugian selama dua hari berturut-turut.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.15 mata kepada 1,499.18 daripada 1,496.03 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama itu memulakan dagangan dengan 2.49 mata lebih tinggi untuk mencatatkan paras 1,498.52.

Public Bank melonjakkan indeks komposit sebanyak 1.32 mata selepas meningkat empat sen kepada RM4.68 dengan 383,800 saham bertukar tangan.

Pergerakan harga di pasaran adalah positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 110 berbanding 92, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang direkodkan adalah sebanyak 152.39 juta unit bernilai RM36.45 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata beliau menjangkakan FBM KLCI akan bergerak stabil dalam julat 1,490-1,500 hari ini.

Sementara itu, beliau menambah harga minyak sawit mentah (MSM) kekal dalam aliran menaik dan berakhir pada RM4,070 satu tan, menjejaki kenaikan harga minyak kacang soya.

“Sekiranya ini berterusan, kami menjangkakan minat belian ke atas saham perladangan akan muncul kerana ringgit yang lemah pada masa ini turut  menjadi pemangkin kepada harga MSM,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM8.90, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM8.74 dan Tenaga naik tiga sen menjadi RM8.38, manakala IHH Healthcare dan CIMB tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga RM6.41 dan RM5.28.

Bagi saham aktif, G3 Global meningkat 1.5 sen kepada 5.5 sen, B.I.G Industries naik lima sen kepada 81 sen, dan Olympia dan Top Glove masing-masing menambah satu sen kepada lapan sen dan 99.5 sen, manakala Ho Wah susut setengah sen kepada 14.5 sen dan Hextar lemah satu sen kepada 35 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 18.95 mata kepada 10,642.53, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 17.77 mata kepada 10,389.6, Indeks FBM Emas Syariah menokok 4.14  mata kepada 10,771.23 dan FBM 70 mengembang 5.36 mata kepada 12,757.19.

Bagaimanapun, FBM ACE susut 3.0 mata kepada 4,852.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 50.9 mata kepada 16,703.68, Indeks Tenaga menambah 1.78 mata kepada 654.31, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.05 mata kepada 182.58 dan Indeks Perladangan susut 13.72 mata kepada 7,107.41.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In