• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

FGV Akan Bekalkan 10,000 Ayam Kampung Seminggu Di Bawah Jenama Ladang’57 Kepada AEON Big Menjelang Akhir Tahun

in Berita
A A
FGV Akan Bekalkan 10,000 Ayam Kampung Seminggu Di Bawah Jenama Ladang’57 Kepada AEON Big Menjelang Akhir Tahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SERDANG, 8 Ogos (Bernama) — FGV Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya menyasarkan untuk membekalkan 10,000 ekor ayam kampung seminggu menjelang akhir tahun, di bawah jenama Ladang’57 yang boleh didapati di pasar raya besar AEON Big di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM234 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk projek pertanian di bawah Projek Pembangunan Peneroka (PPP) untuk meningkatkan pendapatan peneroka dan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

“Setakat ini, kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,036 projek ayam kampung di bawah Felda di seluruh negara. Ayam kampung semakin diminati dan mendapat permintaan yang tinggi serta harganya tinggi. Antara strategi untuk menangani masalah miskin tegar ialah dengan menggalakkan peserta menternak ayam kampung.

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

“Dengan kerjasama FGV dan AEON Big, masalah pemasaran bagi ternakan ayam kampung ini sudah pasti akan dapat ditangani,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran kerjasama makanan ayam kampung FGV ALMA – Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan pemasaran ayam kampung Ladang’57 di sini hari ini.

Ketua Pertanian Bersepadu FGV Abdul Razak Aya berkata Malaysia kini mengeluarkan lapan juta ekor ayam kampung setahun dan hampir 10 peratus dieksport ke Singapura manakala bakinya diedarkan terutamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.

Bagi meningkatkan bekalan dan memastikan terdapat bekalan ayam kampung di pasaran, FGV secara proaktif menerajui PPP dan BMTKM di bawah pengurusan penternakan kontrak.

“Sebagai permulaan, kami menyasarkan untuk membekalkan sebanyak 1,000 ekor ayam kampung seminggu kepada AEON Big tetapi yakin ia boleh ditingkatkan apabila projek itu diwujudkan di seluruh negara,” katanya.

Abdul Razak berkata kekuatan dan ketersediaan FGV dalam segmen produk makanan pengguna membolehkan FGV memainkan peranan yang sangat penting untuk negara sebagai pelaksana utama atau ‘National Global Food Company’ dalam rantaian agenda keselamatan makanan negara dan yang lebih penting sebagai pelaksana utama untuk Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2.0.

Katanya dengan saiz pasaran dan potensi produk makanan pengguna di peringkat global dianggarkan bernilai lebih US$11 trilion, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi mampu untuk berdaya saing dengan memberikan fokus yang lebih tinggi dalam industri pemakanan dan penghasilan produk barangan hiliran yang berkualiti tinggi.

“Penglibatan FGV dalam Program Gedung Makanan Negara dan Program Pembangunan Peneroka dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukan FELDA/FGV untuk berperanan sebagai syarikat makanan negara dalam mentransformasikan agenda sekuriti makanan negara.

“Secara keseluruhannya, potensi pengeluaran hasil pertanian melalui kolaborasi ini boleh mencecah sebanyak 74,000 tan metrik setahun atau dengan anggaran nilai jualan sebanyak RM250 juta,” katanya.

Mengenai jenama makanan ayam kampung berkualiti tinggi ALMA, katanya ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif FGV sebagai respons kepada agenda sekuriti makanan kerajaan.

FGV bekerjasama dengan Bernas untuk menghasilkan formulasi baharu makanan ayam yang menggunakan produk sampingan daripada kilang padi dan beras tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan ayam import dan akhirnya memastikan ketersediaan produk pada harga yang lebih rendah.

Katanya inisiatif itu akan mengurangkan 10 peratus kos pengeluaran dengan menggantikan komponen jagung bijirin yang diimport dan sebanyak 30,000 tan setahun bahan produk sampingan akan digunakan untuk menghasilkan makanan ayam kampung ALMA.

“Bagi perniagaan makanan ternakan, FGV telah mengoperasikan tiga buah kilang pemprosesan yang terletak di Kapar Selangor dan di Bukit Sagu serta Semambu di Kuantan Pahang.

“Pada 2021, FGV telah berjaya memasarkan sebanyak 38,000 tan makanan ternakan berjenama ALMA. Pada separuh pertama 2022, sebanyak 35,000 tan metrik telah dapat dipasarkan dan FGV yakin sasaran jualan sebanyak 75,000 tan metrik pada tahun ini akan dapat dicapai,” katanya.

— BERNAMA


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share1668ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In