• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB, Petronas, IHI Berjaya Jalankan Ujian Pertama Pembakaran Bersama Ammonia Dalam Penjanaan Tenaga Berasaskan Arang Batu

in Berita
A A
TNB, Petronas, IHI Berjaya Jalankan Ujian Pertama Pembakaran Bersama Ammonia Dalam Penjanaan Tenaga Berasaskan Arang Batu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Research Sdn Bhd (TNBR) dan TNB Power Generation Sdn Bhd, bersama IHI Power System Malaysia Sdn Bhd dan Petronas Hydrogen Sdn Bhd, berjaya menjalankan ujian pembakaran bersama ammonia sebagai sebahagian daripada inisiatif menyahkarbonkan sektor tenaga negara. 

Menurut TNB dalam kenyataan hari ini, ujian pembakaran bersama ammonia dan arang batu tersebut dijalankan di pusat kemudahan pelantar ujian TNBR di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Katanya eksperimen pembakaran bersama ammonia tersebut menempa kejayaan apabila pelepasan karbon dioksida (CO2) dan sulfur dioksida (SO2) yang direkodkan didapati berkurangan mengikut kadar pembakaran.

“Malahan, tiada kesan tindak balas ammonia pada laluan keluar relau ketika ujian dijalankan. Suhu pembakaran juga tidak menunjukkan perbezaan ketara,” katanya. 

TNB berkata hasil ujian dilihat memenuhi objektif eksperimen menuju nyahkarbon, seterusnya mengukuhkan peluang TNB untuk mewujudkan projek rintis stesen janakuasa rendah karbon sekiranya memperoleh persetujuan daripada pihak berkuasa. 

“Objektif utama ujian ini adalah bagi menentukan kesan pembakaran bersama ammonia sebagai bahan bakar bebas karbon terhadap arang batu dalam sistem penjanaan kuasa berasaskan arang batu.

“Eksperimen menggunakan tiga jenis arang batu yang biasa digunakan di stesen janakuasa arang batu Malaysia,” katanya.

Menurut TNB, nisbah ammonia dinaikkan secara berperingkat daripada 0 peratus hingga 60 peratus bagi setiap jenis arang batu.

“Ujian pembakaran bersama ammonia dan arang batu ini adalah sebahagian daripada usaha TNB meneroka potensi penyahkarbonan seiring dengan Hala Tuju Kelestarian TNB dan menyokong inisiatif kerajaan untuk mencapai sasaran 45 peratus pengurangan intensiti Gas Rumah Kaca (GHG) pada 2030,” katanya.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In