• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

EXIM Bank Lantik Arshad Mohamed Ismail Sebagai Presiden/Ketua Eksekutif

in Berita
A A
EXIM Bank Lantik Arshad Mohamed Ismail Sebagai Presiden/Ketua Eksekutif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) melantik Arshad Mohamed Ismail sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Ogos 2022.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi EXIM Bank Datuk Azman Mahmud berkata Arshad membawa bersamanya pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang kuasa perbankan dan kewangan, terutamanya dalam bidang perbankan korporat, pasaran modal hutang, kewangan Islam, pengurusan aset dan kewangan pembangunan. 

“Ini akan meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik dalam memacu perniagaan dan melaksanakan perubahan yang diperlukan oleh organisasi,” katanya.

Pelantikan terbaharu Arshad adalah sebagai Presiden/CEO kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).

Sebelum BPMB, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai peranan kepimpinan dan pengurusan di Maybank Islamic Bhd, International Islamic Liquidity Management Corporation, Al Hilal Bank Abu Dhabi, Aayan Capital Arab Saudi dan HSBC Amanah di Emiriah Arab Bersatu.

Beliau juga merupakan salah seorang ahli perintis CIMB Islamic.

Arshad memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari London Business School, United Kingdom.

Beliau adalah seorang jurubank bertauliah dengan Asian Institute of Chartered Bankers dan dipilih untuk Felo Kewangan Islam Suruhanjaya Sekuriti-Pusat Pengajian Islam Oxford (SC-OCIS) di Pusat Pengajian Islam Oxford pada 2015.

“EXIM Bank yakin dengan kepimpinan, semangat dan komitmen Arshad untuk memacu bank ke tahap yang lebih tinggi dan meningkatkan lagi peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan terkemuka untuk pembiayaan dan insurans rentas sempadan untuk negara,” kata bank itu.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In