• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Nomura Malaysia Lancar Dana Ekuiti Semikonduktor Syariah Global

in Berita
A A
Nomura Malaysia Lancar Dana Ekuiti Semikonduktor Syariah Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Unit pengurusan dana Nomura Holdings Inc dari Jepun, Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan dana ekuiti semikonduktor syariah globalnya untuk menawarkan pelabur akses ke dalam sektor semikonduktor yang sedang berkembang pesat susulan trend pendigitalan dunia.

Pengarah Urusan Leslie Yap tanpa mendedahkan sasaran aset di bawah pengurusan (AUM) untuk dana yang baru dilancarkan itu berkata unit berkenaan akan membantu pelanggan mengenal pasti syarikat dengan penilaian yang betul.

“Tidak ada sasaran khusus. Buat masa ini, kami telah terlibat dengan banyak pengedar. Mereka menunjukkan bahawa ada minat dan strategi yang baik.

“Saya yakin sektor semikonduktor akan berkembang secara positif,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dana itu di sini hari ini.

Unit itu terus berinovasi serta menawarkan peluang untuk melabur dalam aset dengan potensi yang kukuh bagi pertumbuhan dan jangka masa panjang.

Kepantasan dalam pendigitalan termasuk pelancaran rangkaian 5G telah meningkatkan keperluan untuk sambungan yang lebih besar, menimbulkan lonjakan eksponen dalam keperluan pengkomputeran dan permintaan ke atas cip semikonduktor, yang agak kritikal bagi peralatan elektronik.

“Pelancaran dana yang tepat pada masanya akan membolehkan kami memanfaatkan trend tersebut dan menyediakan pelabur akses kepada syarikat-syarikat semikonduktor antarabangsa yang berkualiti sambil mencapai kepelbagaian portfolio,” katanya.

Firma itu akan menumpukan perhatian ke atas syarikat-syarikat yang memiliki potensi pertumbuhan yang tinggi, margin keuntungan yang sihat, kemantapan harta intelek, harga dan imbangan perakaunan yang kukuh.

Dana tersendiri ini adalah yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan tersedia untuk pelaburan awal minimum sebanyak RM1,000 atau US$1,000.

Nomura Asset Management UK Ltd telah dilantik sebagai penasihat pelaburan kepada dana tersebut selain menyediakan penyelidikan pelaburan dan cadangan saham yang selaras dengan objektif serta had pelaburan dana.

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In