• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Engie, Sunway Property Bekerjasama Sediakan Penyelesaian Penyejukan Lestari

in Berita
A A
Engie, Sunway Property Bekerjasama Sediakan Penyelesaian Penyejukan Lestari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — ENGIE Services Malaysia Sdn Bhd (ENGIE) dan Sunway Property telah bekerjasama untuk melaksanakan sistem penyejukan sebuah daerah di Sunway South Quay Presint Komersial 2 (CP2).

Kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian bina, miliki, kendalikan dan pindahkan (BOOT) melalui ENGIE-SUNWAY DCS Sdn Bhd (ENGIE-SUNWAY).

Sunway Property dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata Sunway South Quay CP2 terdiri daripada blok pejabat 23 dan 21 tingkat, komponen runcit lima tingkat dan pembangunan blok universiti 12 tingkat.

Blok itu termasuk Pusat Seni Persembahan Universiti Sunway dengan pensijilan LEED Gold dan GreenRE yang bernilai kira-kira RM2 bilion dalam nilai pembangunan kasar.

Menurut ENGIE, sistem penyejukan daerah itu menawarkan penyelesaian paling cekap tenaga kepada bandar dan kawasan bandar di Asia Tenggara kerana ia meningkatkan kecekapan tenaga dengan ketara, membolehkan bekalan dipertingkatkan seiring dengan permintaan.

“Penyelesaian penyejukan projek ini akan membantu mengurangkan kos operasi serta mengekang pelepasan karbon dengan berkesan, memanfaatkan kualiti udara sambil meneruskan perjalanan kemampanan Malaysia selama 25 tahun.

“Pelaksanaan penyelesaian penyejukan ini mempunyai kapasiti lebih daripada 7,000 tan penyejukan (RT) yang disediakan, ia akan beroperasi pada model BOOT untuk pembangunan bercampur,” katanya.

Perkongsian itu dijangka membawa jumlah proposisi nilai untuk penyelesaian penyejukan daerah, meliputi kejuruteraan, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan infrastruktur, sama untuk projek pembangunan bandar ‘greenfield’ dan ‘brownfield’.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Negara bagi Asia Tenggara Energy Solutions Asia-Pasifik Thomas Baudlot berkata perkongsian itu membolehkan mereka mempercepatkan penggunaan penyelesaian tersebut di seluruh Malaysia.

“Penyelesaian karbon rendah pertama yang dibangunkan bersama ini akan membantu Sunway South Quay CP2 menjimatkan hampir 20 peratus tenaga dan karbon dioksida untuk keperluan penyaman udaranya dan membantu memacu agenda peralihan tenaga negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kanan Wilayah Tengah Sunway Property, Chong Sau Min berkata kemampanan telah lama diterapkan di Sunway sejak penubuhannya.

“Sebagai Pemaju Komuniti Induk, kami komited untuk mengurangkan jejak karbon kami melalui peningkatan kecekapan tenaga dan penyepaduan sumber tenaga boleh diperbaharui dan berusaha ke mencapai karbon sifar bersih serta menggalakkan lebih banyak daerah komersial dan perindustrian untuk mengikutinya,” katanya .

Melalui usaha sama ini, Chong berkata faktor bagi mempercepatkan transformasi bandar dan melaksanakan penyelesaian yang berjaya untuk isu alam sekitar terletak pada kerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai rekod prestasi yang baik dalam melaksanakan penyelesaian tenaga hijau.

ENGIE-SUNWAY ialah syarikat bersekutu 40 peratus milik Sunway SK Sdn Bhd ia adalah anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd (SunCon).

— BERNAMA 

Share229ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In