• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Meraque, Debt Ventures Bekerjasama Bantu Pertumbuhan Global

in Berita
A A
Meraque, Debt Ventures Bekerjasama Bantu Pertumbuhan Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Syarikat teknologi dron tempatan, Meraque Services Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) untuk membantu operasi pertumbuhan dan pengembangannya di Malaysia dan rantau Asean.

Dalam satu kenyataan, ia berkata kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada sektor pertanian, perladangan, infrastruktur dan telekomunikasi melalui kemudahan pembiayaan khusus MDV.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MDV, sebuah agensi di bawah kementerian itu komited untuk menyokong usaha kerajaan mengembangkan ekosistem syarikat pemula niaga teknologi secara holistik dan mampan dengan memastikan kapasiti pembiayaan syarikat pemula akan dipertingkatkan secara berterusan.

“Sehubungan itu, MDV secara konsisten berusaha meningkatkan sokongan pembiayaannya untuk syarikat pemula niaga berasaskan teknologi berpotensi tinggi seperti Meraque bagi memastikan pertumbuhan ia mencapai potensi maksimum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md Razalee Ismail berkata potensi pembiayaan daripada MDV akan memainkan peranan penting dalam usaha Meraque untuk meningkatkan pengeluaran dronnya kepada sekurang-kurangnya 100 dron setahun, meningkatkan operasinya secara global dan meningkatkan pendapatannya tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Meraque membangunkan dron penyembur hibrid pertama Malaysia pada tahun 2020 bagi tujuan penyemburan racun perosak dan baja di ladang tempatan,” katanya.

“Meraque ketika ini menguasai bahagian pasaran terbesar untuk perkhidmatan penyemburan dron di Malaysia dan kami sedang mencari sekurang-kurangnya 500 rakyat tempatan untuk diambil bekerja dan dilatih menjelang akhir tahun 2023 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi sektor perladangan kelapa sawit serta pertanian lain,” katanya.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In