• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNG e-Wallet Kumpul RM750 Juta Melalui Pendanaan Ekuiti

in Berita
A A
TNG e-Wallet Kumpul RM750 Juta Melalui Pendanaan Ekuiti
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Touch ‘n Go Group (TnG) mengumumkan bahawa TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital), pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet telah mengumpul sebanyak RM750 juta daripada pusingan pendanaan ekuiti terbaharunya. 

TNG dalam satu kenyataan hari ini berkata pusingan pendanaan itu diterajui oleh pelaburan baharu dalam TNG Digital oleh Lazada Group dan pelaburan susulan oleh pemegang saham semasa dan syarikat induk TNG Digital, Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Pelaburan baharu oleh Lazada tersebut mengukuhkan kerjasama antara peneraju segmen utama, satu dalam e-dagang manakala satu lagi dalam perkhidmatan dan pembayaran kewangan digital, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TnG, Effendy Shahul Hamid berkata kerjasama berkenaan akan menghasilkan cadangan nilai peringkat seterusnya kepada pengguna dan pangkalan pedagang di seluruh ekosistem Lazada dan Touch ‘n Go.

“Pusingan pendanaan itu juga adalah tepat pada masanya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

“Kami akan terus berkembang dalam semua bidang perkhidmatan kewangan digital dan memastikan pangkalan pengguna kami diberi perkhidmatan dengan cara yang inovatif dan inklusif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata Lazada komited sepenuhnya untuk menyediakan perjalanan pelanggan yang lancar serta menjadi pemangkin untuk merangsang pembinaan kapasiti dalam kalangan penjualnya terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan PKS mikro.

“Kami melihat perkhidmatan pembayaran digital sebagai langkah penting untuk membawa pengalaman pelanggan terbaik di Lazada. Perkongsian Lazada yang sudah lama terjalin dengan Touch ‘n Go eWallet telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami, membolehkan pembeli membuat pembayaran dengan mudah dan cepat,” katanya.

Pusingan pendanaan terbaharu tersebut menjadikan jumlah yang diperoleh oleh TNG Digital sepanjang 18 bulan lalu kepada lebih RM1 bilion.

Selain Touch ‘n Go dan Lazada, pemegang saham lain TNG Digital adalah Ant Group, AIA Group dan dana teroka BowWave Capital yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In