• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerajaan Akan Laksanakan Subsidi Bersasar Secara Berfasa – Tengku Zafrul

in Berita
A A
Kerajaan Akan Laksanakan Subsidi Bersasar Secara Berfasa – Tengku Zafrul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Kerajaan akan merancang pelaksanaan subsidi bersasar secara berfasa bagi memastikan ia tidak mengakibatkan inflasi secara mendadak atau menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Beliau berkata, ini selaras dengan pendekatan yang telah diambil kerajaan untuk ayam di mana kerajaan telah meningkatkan harga silingnya sebanyak 50 sen sekilogram bagi mengurangkan herotan pasaran, namun, pada masa yang sama memberi bantuan tunai tambahan kepada golongan B40.

“Sejajar dengan pendekatan ini, kerajaan tidak akan menaikkan harga petroleum terus kepada harga pasaran tanpa subsidi memandangkan impaknya kepada inflasi walaupun harga RON95 pada RM2.05 seliter adalah lebih kurang 50 peratus daripada harga sebenar tanpa subsidi,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang ingin tahu mengenai subsidi petrol secara bersasar dan langkah yang diambil untuk memastikan harga barangan dan inflasi masih terkawal dengan pengenalan subsidi secara bersasar.

Katanya kadar inflasi Malaysia boleh dianggap sederhana berikutan langkah kerajaan untuk melaksanakan kawalan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas khususnya melalui pemberian subsidi harga bahan api dan makanan terpilih serta subsidi elektrik.

“Kerajaan juga masih di peringkat awal pengujian mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar. Pengujian tersebut akan disusuli dengan pengujian yang lebih meluas dari segi beberapa kaedah lain dan juga bagi menguji kebolehlaksanaan mekanisme tersebut bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar,” katanya. 

Menurut Tengku Zafrul, pembangunan dan pengujian sistem subsidi bersasar dijangka memerlukan tempoh antara tiga hingga enam bulan sebelum bersedia untuk dilaksanakan di seluruh negara.

— BERNAMA

Share258ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In