• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Southern Cable Dapat Kontrak Bekal Kabel Bernilai RM293.8 Juta Dari TNB

in Berita
A A
Southern Cable Dapat Kontrak Bekal Kabel Bernilai RM293.8 Juta Dari TNB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Julai  (Bernama) — Southern Cable Group Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd telah memperoleh surat anugerah (LOA) daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membekalkan kabel bawah tanah dan konduktor yang bernilai RM293.8 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kabel dan wayar itu berkata kontrak melibatkan Southern Cable menghantar kabel bawah tanah dan konduktor voltan rendah dan sederhana ke Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB dalam tempoh setahun mulai Julai 2022, dengan pilihan lanjutan satu tahun.

Syarikat itu juga telah memperoleh LOA serupa daripada TNB sejak 2019, dan kontrak terbaharu ini merupakan kontrak terbesar setakat ini.

Pengarah Urusan Southern Cable Group, Tung Eng Hai berkata, kontrak semasa menjadikan jumlah pesanan syarikat dalam tangan kepada lebih RM800 juta, untuk dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ini akan meningkatkan prospek pendapatan kami untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Dis, 2022 dan seterusnya.

“Dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di landasan untuk mendapatkan semula momentumnya selepas COVID-19, kami optimis bahawa LOA ini akan membantu negara mencapai matlamat ini,” katanya.

Pesanan dalam tangan terdiri daripada RM466.7 juta dalam perolehan nilai kontrak jangka panjang, serta pesanan pembelian jangka pendek yang belum dibil berjumlah RM349.6 juta.

Tung menyatakan pemulihan dalam aktiviti ekonomi di Malaysia memberi petanda baik kepada syarikat kerana ia menjangkakan pesanan yang lebih tinggi daripada pelbagai industri pada masa hadapan, termasuk telekomunikasi dan pembinaan/infrastruktur.

“Kemudahan bersepadu kami dan kabel serta wayar yang diperakui antarabangsa disokong oleh rangkaian pengedaran yang kukuh, membantu kami memenuhi mana-mana industri di seluruh negara tepat pada masanya.

“Kami optimistik tentang prospek kami di masa hadapan,” tambahnya.

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In