• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

OCBC Sediakan Pinjaman Penyambung Bernilai RM299.5 Juta Kepada Astrum Ampang

in Berita
A A
OCBC Sediakan Pinjaman Penyambung Bernilai RM299.5 Juta Kepada Astrum Ampang

Sumber: Facebook OCBC Bank

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) —  OCBC Bank (M) Bhd akan menyediakan pinjaman penyambung bernilai RM299.5 juta kepada pemaju hartanah Astrum Ampang Sdn Bhd dalam usahanya untuk menggalakkan dan membolehkan golongan milenial untuk memiliki kediaman rumah bandar lestari.

Pengarah Urusan OCBC Bank dan Ketua Perbankan Korporat dan Komersial Jeffrey Teoh berkata perjanjian pinjaman penyambung ini dimeterai dalam persekitaran pasaran hartanah yang kian pulih dan keperluan semakin ketara untuk menyediakan pilihan kediaman lestari kepada golongan milenial supaya mereka boleh memiliki rumah berkualiti di ibu kota. 

“Kami sememangnya melihat permintaan yang semakin meningkat bagi hartanah berkaitan kelestarian dan ingin membiayai lebih banyak projek seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Projek Astrum Ampang Setia Awan Holdings Sdn Bhd membabitkan pembinaan 5,228 unit rumah transit SoHo (pejabat kecil/pejabat di rumah), Rumah Mampu Milik (RMM) SoHo dan pangsapuri perkhidmatan, serta 27 unit runcit dengan nilai pembangunan kasar RM1.6 bilion.

 Ketua Pegawai Operasi Kawasan Tengah Setia Awan James Bruyns pula berkata pinjaman penyambung ini membolehkan pihaknya terus memajukan projek tanpa sebarang kekangan kos untuk menyiapkan fasa pertama pada 2026.

“Memandangkan keadaan pasaran perumahan yang kurang menggalakkan sejak kebelakangan ini, Astrum Ampang memberi tumpuan kepada pembangunan segmen rumah mampu milik dengan fasa satu pembangunan kediaman ini dijual pada harga permulaan antara RM230,000 hingga RM270,000 dan dijangka siap menjelang 2026. 

“’Harga ini adalah lebih rendah daripada harga rumah median RM310,000 dalam data Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (pada 2021) dan mampu dimiliki oleh mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah median RM5,209 bedasarkan laporan Bank Negara Malaysia. Projek ini akan membantu menangani ketidakseimbangan semasa antara penawaran dan permintaan dalam sektor hartanah,” kata Bruyns.

Beliau menambah Setia Awan berhasrat untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan B40 dan M40 selain mengukuhkan kedudukan dalam  kawasan Lembah Klang Raya sebagai pemaju bertanggungjawab yang menyediakan rumah berkualiti dan mampu milik.

— BERNAMA 

Share258ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In