• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penerima BKM Boleh Tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang Dengan RM5

in Berita
A A
Penerima BKM Boleh Tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang Dengan RM5
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bermula hari ini, penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak boleh menebus Baucar Perlindungan Tenang (PVT) RM75 mereka dengan hanya RM5, manakala baki RM70 akan ditanggung kerajaan bagi membolehkan penerima menikmati manfaat perlindungan insurans/takaful.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata caruman RM5 itu adalah sebahagian daripada premium insurans atau sumbangan takaful penerima untuk pelan perlindungan Perlindungan Tenang.

“Sumbangan RM5 untuk penebusan RM75 PTV adalah keperluan baharu untuk meningkatkan lagi pemahaman penerima BKM tentang pelan perlindungan Perlindungan Tenang dan memastikan penerima BKM mengetahui sepenuhnya tentang pelan insurans/takaful yang mereka beli atau sertai,” kata kenyataan itu.

Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV di www.myptv.my.

“Mereka juga dinasihatkan untuk memahami butiran dalam produk perlindungan yang mereka ingin beli/sertai dan memberikan persetujuan yang jelas  untuk pembelian produk menggunakan baucar itu,” tambahnya.

Sejak pengenalan PTV pada September 2021, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 1,705,687 orang pada tahun itu sahaja.

Sehingga akhir Jun 2022, sejumlah 2,881,444 baucar telah ditebus yang menyumbang kepada peningkatan penembusan perlindungan insurans dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

“Berikutan maklum balas daripada orang ramai, industri ingin mengulangi komitmennya untuk memastikan produk insurans/takaful yang dijual dilaksanakan dengan cara pengguna diberi maklumat sewajarnya mengenai produk tersebut dan persetujuan individu diperoleh,” kata kenyataan bersama itu.

Ia menambah bahawa bayaran minimum RM5 boleh dibuat secara tunai atau dalam talian kepada penanggung insurans atau pengendali takaful produk Perlindungan Tenang yang ingin dibeli atau disertai oleh penerima BKM secara dalam talian atau di kaunter.

Penerima BKM juga dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful mereka atau melayari laman sesawang MyCoverage di www.mycoverage.my untuk maklumat lanjut mengenai produk Perlindungan Tenang.

Untuk menyemak kelayakan PTV, layari www.myptv.my.

— BERNAMA

Share247ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In