• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

KPPK Sambut Naik Pengumuman Pasukan Jihad Tangani Inflasi Untuk Turunkan Harga Minyak Masak Secara Berperingkat

in Berita
A A
KPPK Sambut Naik Pengumuman Pasukan Jihad Tangani Inflasi Untuk Turunkan Harga Minyak Masak Secara Berperingkat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyambut baik pengumuman Pasukan Jihad Tangani Inflasi mengenai harga minyak masak sawit akan diturunkan secara berperingkat. Ini ekoran persetujuan daripada pihak industri minyak masak sawit untuk menyelaraskan harga keperluan tersebut berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa.

Sebelum ini, Kementerian telah mengadakan beberapa siri dialog bersama pemain-pemain industri minyak masak sawit untuk mencari penyelesaian menangani isu kenaikan harga barang keperluan ini, tanpa menjejaskan daya saing sektor ini. Pihak industri telah memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan dalam hal ini, berasaskan semangat Keluarga Malaysia

Harga pasaran minyak sawit sentiasa berubah-ubah berdasarkan kepada faktor asas (fundamental factors) dan sentimen pasaran (market sentiments) semasa. Harga minyak sawit telah mula menunjukkan trend peningkatan yang ketara bermula pada pertengahan tahun 2020 dan telah beberapa kali memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei 2022. Peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) telah menyebabkan harga produk minyak sawit termasuk minyak masak meningkat dengan ketara di pasaran tempatan

Empat (4) faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga MSM iaitu:
i. Pengeluaran MSM yang rendah
ii. Peningkatan harga minyak kacang soya (SBO)
iii. Peningkatan harga minyak mentah Brent (BCO)
iv. Prestasi eksport minyak sawit yang kukuh di pasaran utama

Walau bagaimanapun, peningkatan harga minyak masak masih diimbangi Kerajaan menerusi subsidi kepada 60,000 tan atau 60,000,000 kilogram minyak masak peket (1kg polibeg) sebulan bagi menampung keperluan pengguna tempatan, terutamanya untuk golongan B40. Harga minyak masak peket bersubsidi untuk pengguna tempatan adalah RM2.50 sekilogram, berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM6.00 sekilogram. KPPK yakin dengan kerjasama jentera kerajaan di semua Kementerian yang berkaitan, harga minyak masak akan turun secara berperingkat.

Kementerian juga akan terus mengadakan sesi libat urus bagi mencari penyelesaian menang-menang untuk semua terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit. Selain itu, Kementerian komited untuk memastikan industri sawit kekal sebagai sektor komoditi terbesar dan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat. 

YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
15 JULAI 2022

Sumber: KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

--BERNAMA
Share240ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In